Melakukan makeover rumah yang berbajetkan rendah ini kadang-kadang memerlukan kreativiti yang tinggi. Untuk seimbangkan sesuatu barangan dengan deko sesuatu rumah selalunya tidak ramai mampu melakukkannya.
Namun, untuk Cik Laila ini tidak menjadi masalah kerana beliau telah melakukan sebuah makeover rumah sewa bujang yang simple mengikut kesesuain bajet. Rumah tersebut asalnya kosong dan cik laila dan adik perempuannya menyewanya selama 9 bulan.
Hasil makeover tersebut telah dikongsikan oleh didalam Facebook milik beliau daripada sebelum makeover sehinggalah hasil selepas makeover tersebut. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Nk share deco simple2 dari orang bujang ( berdua ngn adik pompuan). Walaupun rumah sewa ( flat ) tapi disebabkan suka ala2 condo gitu, kita makeover slow2 ikut kesesuaian bajet.
Alhamdulillah, selama 9 bulan menyewa bikin sikit2. Ada barang yang dari Eco, Mr DIY, Tesco, Ikea ,My OneShop, kedai perabot terpakai & ada yang buat sendiri.
Dalaman Rumah Sewa Yang Pada Awal Berpindah
Inilah dia dalaman rumah sewaktu kami berdua berpindah ke dalam rumah flat sewa ini.
Waktu ni tak tau nak buat apa. Jadi, proses pertama memang nak tukar warna rumah ni dulu.
Hasil Dekorasi Rumah Flat Ini Selepas Makeover Dilakukan
Selepas bertungkus lumus melakukan proses makeover ini. Kini, inilah dia hasil akhir untuk rupa dalaman rumah kami ini. Disebabkan kami ni suka ala-ala condo sebegitu, maka terjadilah dekorasi sebegini.
Untuk barangan didalam rumah ni kebanyakkan beli daripada kedai ECO, Mr DIY, Tesco, IKEA dan sebagainya. Kadang-kadang ada yang kami diy sendiri.
Sumber : Cik Laila