Ubahsuai Rumah Teres Subsale Kos Rendah Cara DIY

Ditulis oleh

Memiliki rumah subsale bukanlah menjadi penghalang untuk anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah tersebut. Hal ini kerana, walau jenis apapun rumah yang anda diami, semuanya berhak untuk diubahsuai dan di deco untuk kelesesaan anda dan keluarga. Perkongsian pada kali ini adalah dari Anne Alim Alia. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah teres subsale kos rendah cara diy.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Ubahsuai Rumah Teres Subsale Kos Rendah Cara DIY

 

Rumah teres kos rendah, beli subsales. deko orang beranak kecil katanya, senang mereka nak kemas semula. Jadi ibu tak menyinga tiap hari bila rumah bersepah.

Ibunya baru belajar nak deko. Semua buat sendiri slow-slow sebab ibunya kerja. Setakat ini 90% sudah buat. Harap ada rezeki baiki sepenuhnya.

 

Keadaan asal rumah teres selepas dibeli.

deco rumah

Dapur memang agak teruk dan lusuh. Sudah 20 tahun, jadi siling dan atap sudah perlu diperbaiki.

deco rumah

Proses mengecat bilik anak teruna. Tema yang digunakan adalah Spiderman.

deco rumah

Konsep dan deco bilik anak dara lebih simple.

deco rumah

Proses ubahsuai ruang bilik utama.

deco rumah

Proses modified kabinet dapur pemilik lama tinggalkan, buat jadi high counter sebagai pembahagi ruang dapur dan ruang tamu.

deco rumah

Pandangan dari pintu masuk setelah sudah siap.

deco rumah

Keadaan ruang tamu simple sahaja, anak-anak pun nak kerusi sendiri. maka letaklah kerusi kecik kesayangan mereka dekat situ.

deco rumah

Keadaan ruang bawah tangga jadi ruang tengok tv mereka. Semua mainan letak disitu, lepas mereka main kemas sendiri.

deco rumah

Bolehlah mereka golek-golek, memang saja tak letak apa-apa perabot ruang ni senang untuk kemas.

deco rumah

Ini adalah keadaan ruang makan utama.

deco rumah

Kaunter dengan high chair, ruang anak-anak lepak makan bila ibu memasak.

deco rumah

Ruang dapur, ruang dobi, simple seadanya, minimakan penggunaan barang.

deco rumah

Hasil modified kabinet dapur pemilik lama jadi ruang kegemaran anak-anak, one stop place untuk jajan mereka.

Bahagian bawah jadikan pantri letak stok barang kering.

deco rumah

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 9, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram