Semua orang bebas melakukan deco apa sahaja terhadap rumah masing-masing tidak kiralah dengan cara bajet mahupun cara mewah. Asalkan dapat tinggal dalam keadaan yang selesa dan kemas sudah cukup memadai. Perkongsian pada kali ini adalah dari Hanie Annie. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai cara bajet ruang dapur dan ruang bilik berkonsepkan "pinky style" guna barangan Mr.Diy.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah bajet yang menarik ini.
Alhamdulilah.
Sikit-sikit siap jugak dapur pink Saya. Kebanyakan barang Mr.Diy sahaja. Rasanya Mr.Diy boleh buat saya duta dah ni. Deco bahagian bilik dan ruang tamu baru sikit-sikit. Settlekan dapur dahulu. Baru semangat nak masak.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya baru yang lebih menarik.
Ini pula adalah keadaan selepas diubahsuai dengan deco rumah cara bajet tapi tetap menampakkan suasana deco yang menarik dan ceria.
Untuk bahagian dinding dapur ini wallpaper pink digunakan. Peralatan dapur juga semuanya menggunakan konsep dan warna pink.
Keadaan ruang sinki dengan deco simple dan kemas diterapkan. Biarpun menggunakan deco cara bajet sudah memadai untuk menimbulkan suasana yang tenang dan kemas.
Cara susunan barangan elektronik dapur diatas rak.
Barangan dapur tersusun kemas dan rapi.
Keadaan pinggan mangkuk setelah diubahsuai.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai.
Keadaan bilik tidur sebelum diubahsuai.
Keadaan selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah kediaman walaupun dengan menggunakan cara bajet.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mendeko.