Makeover Pintu Yang Buruk Kembali Kelihatan Baharu

Ditulis oleh

Jika dirumah anda ada sebuah pintu dalam keadaan yang baik namun kelihatan tidak cantik dan buruk, usah risau kerana anda boleh lakukan sebuah makeover terhadap pintu buruk tersebut. Pintu rumah dalam keadaan yang elok namun kelihatan buruk janganlah dibuang.

Lakukan makeover pintu tersebut macam yang dilakukan oleh wanita bernama Fiza ini. Pintu tersebut masih lagi dalam keadaan baik dan tiada sebab kukuh untuk membuangnya. Elok lakukan makeover pintu agar ia kelihatan seakan-akan kembali baharu.

Inign mengetahui bagaimana makeover ini dilakukan? Jom kita lihat perkongsian daripada Fiza ini langkah demi langkah untuk mengubah pintu yang kelihatan buruk ini kembali kelihatan premium dan elegan kembali.

Makeover Pintu Yang Buruk Kembali Kelihatan Seakan Baharu Warna "Black Matte" Bermodalkan Bajet RM20

Harini saya nak share makeover pintu rumah pula, dengan bajet kurang dari rm20.  Zaman sekarang kene berjimat, tapi bukan bermaksud tak boleh hias rumah. Saya pun dapat idea dari orang lain yang share, so saya share hasil saya mengecat guna warna black matte sesuai kan dengan tema rumah.

Dulu ade pasang niat nak tukar pintu sebab takl berkenan warna nya, tapi pintunya masih elok lagi. So rasa membazir. Maka kita pun cat je lah, tu pun tak makan masa yang lama nak siap kan.

Saya cat during lunch hour, since masih wfh lagi. 2 hari dsh siap, kering elok sbb cuaca panas dalam 3 jam je dah kering.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk rakan2 yang nak deko pintu, save budget & tak makan masa yang lama nak buat. Rasanya klau pakai roller lagi cepat siap, tak sampai 2 jam lebih kot

Proses Dalam Melakukan Makeover Pintu Yang Lama Ini Menjadi Baharu

Proses dimulakan dengan mengecat pada bahagian hadapan pintu ini. Ni first day mengecat. Cat yang digunakan adalaha LSC black matte.

Makeover Pintu Buruk

Ok done mengecat pada sebelah depan. Esoknya bru sambung sebelah belakang. Untuk cat ni makan masa kurang dari 1 jam dah siap sebelah pintu.

Sebelah belakang pun dah siap, mula2 ingat nak cat pintu je tapi nampak pelik pula frame pintu tu warna lain, so cat skali lah.

Hasil Akhir Makeover Pintu Buruk Yang Dilakukan Ini

Pintu asal ni elok lagi tegap takda apa-apa masalah, cuma masalah apperance je.

Makeover Pintu Buruk

Dah cat terus nampak pintu ala muda remaja gitu. Memang suka warna hitam untuk deko2 rumah, sebab ade askar kecik 3 orang yang suka ‘warna’ kan rumah.

Makeover Pintu Buruk

Sumber : Fiza

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram