Wainscoting bukan hanya dibuat pada ruang tamu rumah sahaja. Sebenarnya bermacam tempat dikawasan rumah sesuai digayakan wainscoting. Seperti apa yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga merupakan seorang suri rumah iaitu Syahrul Bariah. Perkongsiannya adalah mengenai makeover laluan pintu masuk bilik guna gaya wainscoting.
Apa yang dilakukan oleh pemilik rumah ini begitu menarik. Dengan gaya dan cara wainscoting dinding yang dibuat pada laluan pintu masuk itu kelihatan sangat mewah dan cantik sekali. Penggunaan cat yang bersesuaian dengan wainscoting itu tampak lebih menimbulkan keceriaan pada kawasan yang diubahsuai itu.
Jom ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan ini.
Dulu hakak selalu berangan nak buat wainscoting grand mirror Alhamdulillah tercapai juga. Hakak upah orang sebab suami isteri tangan tak berapa kuat sejak accident.
Bajet yang dikeluarkan adalah lebih kurang 1.5K juga lah.
Ini adalah keadaan ruang pintu masuk sebelum diubahsuai dengan gaya baru iaitu gaya wainscoting yang sangat cantik dan menarik.
Ini adalah keadaan ruang pintu masuk semasa proses ubahsuai dan pemasangan wainscoting sedang giat dilakukan dengan gaya simple tapi cantik.
Link Shopee kayu wainscoting yang digunakan. Link Shopee : https://invol.co/cl4fofr
Ini adalah keadaan ruang pintu masuk selepas wainscoting siap dipasang dan menunggu langkah seterusnya untuk di cat.
Ini adalah keadaan ruang pintu masuk semasa proses mengecat sedang dilakukan dengan menggunakan cat putih bagi menampakkan ruang tersebut lebih kelihatan luas.
Ini adalah keadaan dinding setelah selesai dicat dan dipasang wainscoting.
Keadaan penuh kawasan yang diubahsuai itu.
Link Shopee cat yang digunakan. Cat Jotun Timeless. Link Shopee : https://invol.co/cl4fogv
Pandangan dari sudut kiri dinding.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.