Transformasi Bilik Lusuh Kepada Konsep "Modern Simple"

Ditulis oleh

Memiliki bilik sendiri yang cantik dan kemas adalah impian setiap penghuni bilir tidur. Itu yang dilakukan oleh lelaki ini iaitu Firdaus Hanafi Ismail. Beliau telah menukarkan bilik lama yang lusuh kepada konsep baru yang cantik dan sedap mata memandang. Jadi perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah mengenai transformasi bilik lusuh kepada konsep "modern simple".

Apa yang menarik untuk perkongsian kali ini adalah transformasi dari bilik yang usang mampu ditukarkan kepada konsep baru seperti memilik bilik baru. Sebelum ini, diruangan dinding bilik ini penuh dengan bekas tape lama. Keadaan warna dinding juga agak pudar dengan tonar warna pink lama.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa perkongsian gambar yang ingin dikongsi oleh lelaki ini.

Lelaki Ini Transformasi Bilik Lusuh Kepada Konsep "Modern Simple" :

Alhamdulillah siap pun hasil mendeco bilik saya.
Sebenarnya bilik ini dulu bilik kakak saya. Sebab tulah warna pink. Sakit mata tengok hari-hari warna pink.

Saya memang tidak berapa suka warna pink ( maaf kepada peminat pink) . Tahun lepas ada juga tampal wallpaper tapi tertanggal dan macam tak cantik sangat . Jadi saya tanggal kan semua.

Itulah apa yang disampaikan oleh lelaki ini ketika mengambil alih bilik ini dari kakaknya. Memang menarik apa yang dilakukam olehnya kerana mampu menukarkan bilik sebegitu kepada konsep baru.

Ini adalah keadaan bilik sebelum dilakukan transformasi dengan konsep dan gaya baru.

Ini adalah keadaan bilik dari sudut pandangan lain sebelum dilakukan transformasi dengan konsep dan gaya baru.

Ini pula adalah keadaan bilik selepas transformasi dilakukan dengan konsep dan gaya baru iaitu gaya moden simple yang menarik.

Ini adalah keadaan bilik ketika lampu utama dipadamkan. Cantik bukan?

Ini adalah keadaan bilik ketika lampu utama dipadam dan lampu hiasan tidak dibuka.

Dekorasi bilik dengan susunan dan dekorasi yang menarik pada dinding.

Tempat susun barangan keperluan harian.

Dekorasi dinding yang menarik.

Transformasi Bilik LusuhDekorasi cermin dan rak pada dinding yang teratur.

Transformasi Bilik LusuhPadangan dari arah hadapan pintu bilik.

Transformasi Bilik LusuhItu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari inspirasi mendekorasikan bilik tidur anda.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 14, 2021
Dikemaskini pada
Mac 14, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram