Memiliki dapur yang baru dan cantik memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Terutamanya adalah golongan suri rumah yang sentiasa berada di dapur. Dengan adanya dapur yang cantik dan baru, suri rumah akan lebih bersemangat untuk memasak dan sebagainya. Perkongsian kali ini adalah dari Wan NurFatin Farhana. Perkongsiannya adalah mengenai renovasi dapur moden menggunakan "kitchen IKEA".
Adanya dapur baru bukan sahaja mampu memberi semangat tambahan kepada suri rumah. Malah, suri rumah juga dapat membuat kerja-kerja rumah dengan tenang dan ceria. Selain itu, dengan adanya dapur baru mampu memberi lebih keselesaan untuk suri rumah anda.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian yang ingin dikongsi oleh lelaki ini.
Ini adalah keadaan dapur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan gaya moden.
Ini adalah keadaan semasa dapur lama dibuang bagi menukarkanya dengan dapur gaya baru.
Ini pula adalah keadaan dapur semasa dalam proses pengubahsuaian dengan konsep dan gaya baru.
Gambar lain ketika proses sedang giat dilakukan.
Gambar ketika pemasangan kabinet atas dapur yang dilekatkan pada dinding.
Keadaan dapur semasa proses dan sudah hampir siap melakukan ubahsuai.
Ini adalah keadaan dapur yang sudah hampir 90% siap.
Ini adalah keadaan dapur yang telah siap diubahsuai dengan gaya dan konsep moden.
Keadaan sinki lepas diubahsuai. Kelihatan lebih flexible bukan?
Tempat letak peralatan sudu. Semuanya dibeli dari IKEA
Kabinet baru yang dibeli dari IKEA dengan susunan barangan keperluan dan peralatan yang cantik dan kemas.
Keadaan dapur tempat memasak.
Keadaan dapur ketika sedang memasak.
Inilah hasil renovasi dapur yang hanya menggunakan dapur IKEA sahaja.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari inspirasi untuk merenovasi dapur rumah anda.