Lelaki Ini Membuat Rak Pasu Secara DIY Untuk Isteri Tercinta

Ditulis oleh

Ruangan yang sempit mesti menjadi halangan buat keluarga yang suka akan menanam pokok-pokok bunga bukan? Lagi-lagi apabila tinggal di kawasan rumah flat atau pun rumah teres yang mempunyai halaman yang kecil dan terhad.

Jangan jadikan kawasan rumah yang sempit menjadi halangan untuk anda menanam pokok bunga. Hobi ini tidaklah menjadi halangan sekiranya tahu cara untuk memanfaatkan ruang yang ada walaupun ruang yang sangat terhad.

Melalui perkongsian daripada Abdul Hadi ini menyatakan beliau mempunyai solusi untuk memanfaat tempat yang sempit untuk menanam pokok bunga. Beliau melakukan DIY rak pasu untuk isteri tercinta. Jom kita ikuti perkongsian daripada Abdul Hadi in.

DIY Rak Pasu Untuk Isteri Tercinta

Salam semua KKDIY
Kali ini nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang

 

Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan

1. Sambung2 paip pvc alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadilah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.

2. Pemasangan fitting ni agak ketat. Memang tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip.

rak pasu DIY

Next time nak adjust tinggi atau extend mana2 bahagian, boleh cabut semula. Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.

rak pasu DIY

Fitting tu semua online kat shopee saiz 3/4 inci. Paip PVC tu saya guna jenis sedang (class 6).

Ada ramai yang bertanya tentang kos DIY rak pasu ini. Lebih kurang RM100 (paip,fitting joint,skru dll) dan saya guna kayu terpakai yang free. Harga tu masih puas hati lah sebab nak DIY kan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit : Abdul Hadi

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 16, 2020
Dikemaskini pada
Julai 16, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram