Renovate Apartment Lama Guna Konsep "Moden Geometri"

Ditulis oleh

Menghias rumah kosong atau rumah baru hakikatnya lebih mudah berbanding rumah yang telah lama diduduki. Serta dipenuhi perabot dan barang-barang hiasan lain. Lazimnya banyak perkara yang perlu difikirkan termasuk kos dekorasi, pemilihan pereka dalaman, konsep yang digemari. Jadi untuk perkongsian kali ini adalah dari Faizz Fauzi dan Muhammad Arif mengenai transformasi apartment lama menjadi rumah "moden geometri kontemporari"

Perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah menguruskan barangan lama, sama ada perlu dibuang, dikekalkan atau diganti baru. Apa pun semuanya boleh dilakukan jika anda mempunyai keinginan, wang, masa dan bijak memilih pereka dalaman yang tahu dan faham konsep yang di inginkan.

Siapa sangka kediaman jenis apartmen tiga bilik dengan keluasan 1000 kaki persegi yang berusia 20 tahun. Bertukar wajah menjadi dekorasi moden geometri dan tular di laman sosial dek kerana sentuhan yang menarik dihasilkannya.

Diubah suai dengan menggunakan konsep moden geometri kontemporari dengan sedikit elemen morocco. Kediaman berkenaan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan dengan teliti dan cantik. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.

Transformasi Rumah Apartmen Lama :

 

Keadaan kawasan dapur selepas diubah suai. Memang cantik habis!

Moden Geometri Kontemporari

Moden Geometri Kontemporari

Moden Geometri Kontemporari

Moden Geometri KontemporariIni adalah keadaan ruang bilik sebelum proses ubahsuai di jalankan.

Moden Geometri KontemporariKeadaan ruang bilik tetamu sebelum diubahsuai.

Lain-lain gambar :

[foogallery id="8672"]

Untuk memastikan konsep ini tidak terlalu sarat dengan hiasan, perabot yang dipilih adalah jenis moden dan mewah bermula dari ruang dapur, bilik tidur hingga ke ruang tamu. Bagi membentuk keseragaman konsep, setiap dekorasi disuntik dengan elemen moden termasuk pengguna kertas dinding yang bermotifkan corak geometri untuk menambahkan seri ruang dan bilil tidur.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mendekorasi rumah dengan gaya moden.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 6, 2021
Dikemaskini pada
Februari 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram