Bila bercakap mengenai impian masing-masing dalam menghias rumah, pasti semua orang mempunyai impian kan? Impian tersebut merangkumi pelbagai dekorasi dan juga konsep yang diimpikan oleh setiap orang tersebut. Namun apabila kita mengetahui tips mudah dalam menghiasi rumah, semua akan tercapai.
Oleh itu, lelaki ini berkongsikan 8 tips yang mudah dan menjimatkan dalam menghiasi rumah anda. Lelaki tersebut dikenali sebagai Ben Firdaus Azraai dan telah berkongsikan tips beliau dilaman sesawang Facebook. Jom kita tengok tips mudah dan menjimatkan daripada beliau.
8 Tips Penting
1. Jangan takut untuk explore
2. Always refer to your designer friends kalau boleh
3. Tak semestinye korang full blast beli semua baru melainkan korang betul betul dapat bonus raya then gigih korang sakan shopping.
4. Beli bermula dengan kemampuan, tak mampu beli set meja makan beli kerusi dulu. Dalam kes aku, aku beli kaki ikea satu RM30 dan kemudian pergi hardware or dptkan memana pintu terpakai jadikan top. Kalau meja tu tak rata korang mungkin perlukan glass untuk bahagian atas meja.
5. Rak-rak lama yang korang rasa menyampah tengok dan hampir dicampak ke laut cuba cat semula, paling selamat cat hitam sebab dapat sorokkan segala keburukan yg ada.
6. Tak perlu beli lampu fancy mancy kat kedai beribu ringgit. Aku beli lampu meja ikea RM60 seketul pastu aku jadikan lampu gantung. Mentol beli je hardware baru berapa ringgit.
7. Kerusi meja makan tak semestinya sedondon. Nak beli sama macam mahal kan. Kalau campur pun rare gak. Baru hipster. Tapi kerusi aku sedondon sebab ni kerusi recycle event aku so takde cost dah hahahah.
8. Nak lembutkan suasana rumah, fresh flowers memang terbaik la. Selain bunga plastik yg menyusahkan korang ntuk cuci dr habuk ape kata korang tebang or cantas skit ranting dan dedaun kat depan umah korang. Letak dalam pasu isi air. Boleh la bertahan dalam seminggu. Bende hidup ni boleh buat rumah lebih segar
Sumber : Ben Firdaus Azraai
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- Dekorasi Rumah Sewa Dengan Gaya "Interior Minimalis" Yang Simple Dan Menarik