Lelaki Ini DIY Pintu Sliding "Barn Door" Scandinavian Style

Ditulis oleh

Barn door merupakan pintu gelongsor yang jimat ruang. Gaya sliding "barn door" di negara Malaysia ini memang lah tidak popular namun jika di dekorasi dengan baik, rumah akan kelihatan cantik. Gaya ini banyak dilakukan di kawasan kampung di negara barat dan juga didalam rumah modern scandinavian.

Namun, untuk membuat sliding barn door ini di Malaysia rasa ramai tidak mampu. Ini kerana harga yang mahal untuk membuatnya daripada kontraktor. Sebab itu, Fuad R Be mengambil keputusan untuk DIY sendiri "barn door" ini dengan hanya menggunakan kayu terpakai dan railing beli secara online.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana untuk membuat DIY sliding "barn door" dan juga bahan diperlukan untuk membuatnya. Perkongsian ini dikongsi oleh Fuad R Be didalam sosial Facebook. Jom kita tengok.

Lelaki Ini DIY Pintu Sliding "Barn Door", Mengikut Konsep Rumah Ala-Ala Scandinavian Style

Projek kali ni mmg mencabar betul. Mcm2 mishap jadi utk nak siapkan. Rancangan asal nak siap semua smpi finishing dlm 4 hari, tp jauh panggang dari api haha

Utk projek ni, aku letak difficulty level - 9/10. Mmg struggle gila nak siapkan

PROSES MEMBUAT DIY PINTU SLIDING "BARN DOOR"

DAY 1

Misi mencari kayu. Plan asal nak cari kayu 3" x 1/2" untuk tulang pintu. Sekali dapat harga RM2.50 sekaki, dalam drawing nak pakai dlm 128' (total RM320). Sebab lari bajet, aku tukar plan cari kayu lain. Dapat la kayu sambung 3.5" x 2 hun kat Meru. Sebatang 20' RM10 je. Amik 8 batang baru RM80.

Lepas dapat kayu tulang tu, terus shoot pi alam impian carik osb board pulak.

DAY 2

Day 2. Start kerja2 buat pintu. Macam biasa la teknik gam paling senang

Gam dan clamping lagi. Amik masa la juga sebab aku ada clamp 8 butir je. Nak modal beli lain macam tak berbaloi. Kalau tetiap hari main kayu takpe la juga

Sliding Barn Door

Ni kit untuk railing track. Harga keras jugak. Total track system ni aku modal dalam RM480. Beli kat shopee. Marah abang poslaju sbb berat betul packing kit ni 😅😅. Tapi kualitinya mmg terbaik.

Ni brand elitaco. Search elitaco barn railing. Ada pilihan panjang 5.2 kaki(1 btg) - 9.8kaki (3 btg smbung). Saya pakai tu 8 kaki.

Sliding Barn Door

DAY 3

Day 3. Pasang railing track. Nampak senang, tapi azab gila nak pasang. Track tu sebenarnya 2 keping, disambung tengah2. Jadi nak dapat level tu memang struggle giler. Klu ada laser level memang mudah kerjanya.

Yang aku ada cuma level yang tak smpi 2 kaki tu. Memang naik turun tangga je la kerjanya. Lagi satu, error tolerance utk jarak lubang2 skru tu boleh kata zero, klu terlebih atau terkurang 1mm pun dah tak boleh masuk skru. Lebih 10 kali dok pasang & bukak balik, nak bagi lubangnya ngam.

Drop in anchor patah pulak, sebab overtighten screw. Jem terus kepala masa ni. Nak tak nak kena korek keluarkan anchor yang patah tu. Tak leh alih lubang dah sebab ni lubang tengah yang jadi penyambung 2 batang track tu.

DAY 4

Selepas selesai cari anchor yang patah pagi tu. Dah siap pasang railling, boleh naikkan pintu. Hari ni kerja dari 11 pagi sampai 12.30 malam. Memang kerja gila. Tapi kalau tak buat, bila lagi kan?

Sliding Barn Door

HASIL " BARN DOOR" ALA-ALA SCANDINAVIAN STYLES

Sliding Barn Door

Sumber : Fuad R Be

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- DIY Sahaja “Sliding Door” Dapur Yang Ringkas & Mudah. Modal Hanya RM300 Sahaja.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 2, 2021
Dikemaskini pada
Februari 2, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram