Masalah paip bocor di dalam tanah kadangkala kerap terjadi kepada pemilik rumah. Ini adalah salah satu masalah yang boleh dikatakan susah untuk nampak oleh kerana paip tersebut berada di dalam tanah. Cara tepat untuk mengetahui masalah ini adalah dari bil air yang anda dapat. Kalau tiba-tiba bil melambung tinggi mesti ada benda yang tidak kena dengan paip anda. Untuk perkongsian kali ini adalah dari Mohd Sani Soid mengenai cara diy paip bocor dalam tanah.
Bil air tiba-tiba meningkat , lepas check tengok meter bergerak tanpa henti, saya hubungi Pihak Syabas untuk check meter, Syabas tukar meter baru tapi meter masih bergerak tanpa henti, jadi memang 100% paip ada bocor dalam tanah, jadi sebelum pembeli rumah masuk pindah, terpaksalah baiki, saya tak mahu aniaya orang.
Untuk kos raw material dalam harga Rm 100 - rm 150 bergantung pada kedai hardware, seeloknya buat senarai apa barang yang perlu dibeli supaya semasa proses diy nanti tidak terganggu.
Tebuk dinding di sinki dapur dari luar di lokasi untuk kita pasang pili baru. Guna Impact Drill, luar lembut sebab simen bata.
Grind mozek guna Grinder with Diamond Disc, korek keluar mozek guna pahat. Selepas itu sambung tebuk guna Impact Drill dari dalam pula, agak keras sebab simen konkrit.
Hasilnya bagi muat lubang dengan saiz paip nanti.
Seeloknya, mulakan kerja-kerja piping dari luar, saya guna PVC pipe saiz 3/4 inchi.
Masuk ke pagar.
Naik ke bumbung. Saya tukar ke jenis poly pipe sebab boleh lentur, mudah nak tarik paip atas siling.
Dari siling, keluar ke ruangan tangki simpanan air rumah. Dari sini saya tukar ke sambungan paip pvc semula.
Masuk ke tangki air ada T junction untuk ke siling semula sebelum turun ke sinki dapur dibelakang rumah. Paip warna biru itu adalah paip asal yang sudah tidak digunakan lagi selepas ini. Sebab masalah kebocoran dalam tanah itu.
Sebelum masuk ke dinding atau siling itu, tukar semula kepada paip jenis poly pipe.
Dari siling atau tangki air tadi. Turun ke belakang rumah bahagian sinki dapur. Tukar semua ke paip jenis paip pvc. Pasang satu pili stop valve jenis brass. Untuk kemudahan pemilik baru rumah jika ada nak buat ubahsuai rumah selepas ini. Ada T junction jugak, satu ke sinki masih lagi saiz 3/4 inchi. Satu lagi ke Pili untuk kegunaan mesin basuh. Saiz bertukar ke 1 per 2 inchi iaitu standard size untuk peralatan paip rumah anda.
Pili 1 per 2 inchi guna pili jenis 2 outlet, satu outlet boleh guna untuk mesin basuh. Satu lagi outlet untuk kegunaan apa utiliti seperti paip getah.
Pasang L connector saiz 3 per 4 inchi bertukar ke 1 per 2 inchi. Sebab untuk peralatan rumah adalah saiz 1 per 2 inci, kemaskan dengan Kapur simen lubang yang sudah ditebuk.
Pasang paip Connector yang ada thread jenis brass di dalam supaya tahan lebih lama. Kemaskan juga dengan Simen Kapur lubang mozek yang sudah ditebuk tadi.
Biarkan kering 1-2jam. Dan sudah boleh pasang pili baru untuk sinki, lubang paip lama sudah boleh tutup, setelah yakin semua gam dah kering, boleh buka semula air dari meter untuk melihat hasil DIY anda. Selesai.
Sedikit tips tambahan, sebelum buka semula air dari meter. Pastikan semua outlet pili baru wajib dibuka, sebab dalam paip yang baru dipasang adalah kosong hanya ada angin. Kalau tutup outlet nanti angin dalam paip jadi mampat. Boleh berlaku kebocoran pada mana-mana sambungan paip baru yang anda buat.
Baca juga : Rumah Dari Single Storey Ke Double Storey Dengan Ada Sunroof Lagi. Inspirasi.