Ramai yang tidak tahu apa itu epoxy lantai kan? Epoxy adalah satu bahan kimia yang tergolong dalam kategori resin atau gam. Epoxy kebiasaannya digunakan sebagai bahan pelekat dan juga sebagai salutan. Untuk post kali ini adalah dari saudara East Hunt mengenai langkah diy epoxy lantai yang sangat mudah.
Oleh kerana ramai yang minta tunjuk cara buat epoxy lantai. Jadinya post kali ni saya ajarkan setiap langkah diy epoxy lantai ni. Saya buat epoxy ni sebagai pilihan kedua sebelum nak hacking lantai disebabkan leaking. Maklumlah rumah 2 tingkat bilik air atas bilik utama pulak tu. Perabut ada. Nak hacking ni confirm berhabuk. Modal pun agak kasar. Jadinya nk tunggu rumah kedua siap baru standby hacking tile bilik air ni dan buat waterproofing baru.
Sebelum beli cat pastikan ukur dulu keluasan bilik air sebab cat ni datang 1liter dan boleh cover lebih kurang 40sqf. Cara ukur rujuk dalam gambar. Keluasan ikut ukuran feet. Selalunya bilik air tak ada yang besar-besar. Tapi kalau nak buat 2-3 bilik air boleh beli 5 liter terus.
Dah beli cat semua baru boleh mula kerja. Pastikan bilik air kering. Bancuh simen tanpa campuran pasir, selepas itu tampal di celah-celah tile yang berlubang dan bucu-bucu dinding. Di sinilah tempat air selalu meresap. Pastikan tampal semua celah-celah. Kalau tak nak pakai simen b0leh pakai tile reform macam dalam gambar. Tujuannya nak tutup celahan tile dan tak penat anda nak kena sapu cat pada celahan tile nanti. Biarkan kering barulah terus ke langkah seterusnya.
Link Shopee : https://shp.ee/gvsmfba
Bila dah kering simen tu, bermulalah masa untuk menggosok lantai pula. Macam saya, saya gunakan grinder tangan dan mata potong simen macam dalam gambar. Tujuannya untuk kasarkan permukaan tile tu. Saya dah guna kertas pasir grid 40 paling kasar macam dalam gambar tapi bila gosok,tile jadi makin licin pulak. Akhirnya pakai mata potong simen baru dapat permukaan kasar. Jangan lupa pakai mask sebab habuk banyak tu. Keselamatan diutamakan.
Link Shopee Grinder : https://shp.ee/chxajts
Lepas dah siap gosok tile tu sapu/vacuum semua habuk dan cuci dengan air sampai bersih habuk-habuk tadi. Biarkan kering semalaman. Pastu gunakan thinner dengan kain untuk cuci lantai ni supaya lagi bersih. Sifat thinner yang meruap tu akan buatkan lagi kering air. Anda boleh tengok nanti lantai lagi bersih dari habuk-habuk kecil. Tak payah gosok kuat-kuat. Sebab nak pastikan lantai bersih dari habuk dan air. Lepas tu biarkan selama 24jam. Macam saya, saya biarkan 3 hari supaya puas hati. Ikutkan nak seminggu tapi wife excited nak siapkan cepat. Kalau upah orang, harini buat esok dah boleh pakai. Lepas tu bising cat terkopek.
Link Shopee Thinner : https://shp.ee/7t3tpwa
Masa ni boleh duduk bersila dalam tandas. Tampal tape pada sekeliling dinding bilik air ikut ketinggian yang anda mahu. Jangan lupa tampal sekali lubang buang air/water trap macam dalam anak panah tu. Tape skali sekeliling tandas duduk tu. Boleh pakai tape yang seller bagi. Kalau tak cukup boleh masking tape.
Bermula aktiviti untuk mengecat. Cat ni kalau beli datang dengan 2 jenis cat iaitu epoxy primer dan epoxy paint. Lapisan pertama pakai epoxy primer macam dalam gambar. Campur part A epoxy primer dan part B hardener dan kacau campuran sehingga sebati. Kemudian dah boleh mula mengecat. Cara saya, saya sapu cat tebal sekaligus guna roller cat dan guna berus cat untuk sapuan pada celahan tile. Cat yang dicampur dengan hardener mesti dihabiskan. Kalau tidak, cat akan keras. Kiranya sekali pakai je. Kalau bilik air kecil, kena pandai bahagikan cat dengan hardener tu. Pastikan pakai mask. Bau memang tak boleh bawa bincang. Biarkan cat kering selama 24 jam. Kiranya sampai betul-betul kering.
Ini Langkah Terakhir. Campur part A epoxy paint dengan part B hardener dan anti slip powder macam dalam gambar. Campur 3 bahan ni dan kacau sampai sebati. Ulang langkah mengecat macam anda mula mengecat cat primer tadi. Sapu sehingga anda puas hati dan biarkan kering dalam beberapa hari. Apabila sudah kering dah boleh tanggalkan masking tape yang telah ditampal dan bilik air dah boleh digunakan sepenuhnya.
P/S - Untuk buat corak or design, saya main 2 tone colour. Jadinya cat epoxy finishing ni saya ambil 2 colour yang berlainan sebab nak buat bercorak dalam toilet. Bila nak buat bercorak ni kenalah kreatif sikit. Macam saya, saya terus ke kedai sebab rumah saya dengan kedai tu dekat je. Senang bincang terus dengan tauke kedai. Pilihan warna cat boleh buka link shopee yang saya bagi dan pilih warna apa yang anda mahu.
Ini adalah link shopee untuk cat epoxy : https://shp.ee/gvw4qys
Selamat Mencuba.