Frame gambar bersama keluarga merupakan elemen yang tidak asing lagi sebagai hiasan dinding rumah. Kebiasaannya setiap rumah pasti akan menggantung frame foto keluarga sebagai memori dan tatapan di kemudian hari.
Pasangan ini berkongsi projek DIY mereka menghasilkan sendiri frame gambar keluarga mereka. Bukan setakat cantik, tetapi besar pulak tu. Jom kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Suami nak buat frame gambar memori keluarga since gambar dalam fone penuh tapi tak pernah print out. Saya pulak teringin nak batten wall. So, bergabung idea terhasil lah "memory lane" ni. Berminggu jugak la sebab ada anak kecik & both kerja. So, buat sikit-sikit maka siaplah jugak.
Kepada anda yang belum ada frame gambar keluarga di rumah, bolehlah cuba idea ni. Senang sangat. Semoga perkongsian daripada Giler Deco kali ini bermanfaat.
Sumber: Atilia Aida & Shafiq Yunus