Wainscoting memang tidak dinafikan lagi antara salah satu dekorasi atau trend yang popular di Malaysia. Nak cantikkan rumah agar nampak mewah hanya perlu membuat wainscoting sahaja. Tidak perlu untuk mengupah orang lain kerana boleh dilakukan diri sendiri sahaja.
Namun, harus dingatkan kerana untuk melakukan wainscoting ini bukan sahaja tengok pada susunan kayu yang ingin disusun tetapi material juga memainkan peranan. Tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis material wainscoting yang berlainan selain daripada kayu sahaja?
Melalui perkongsian daripada Fizi Hamid, beliau telah berkongsikan dengan kita semua beberapa jenis material yang terdapat untuk melakukan wainscoting ini. Beliau juga mempunyai pengalaman material apa yang terbaik untuk wainscoting. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Saya nak kongsikan pengalaman saya pasang wainscoting dari semua jenis material secara DIY.
Kelebihan dan kekurangan setiap material mungkin berguna untuk warga KKD sebagai panduan.
Gambar bagi setiap jenis material pun saya letak sekali. Ini cuma pandangan saya mungkin berlainan setiap orang
1. Wainscoting Foam
Sangat murah dan ringan. Tetapi susah sangat nak dibentuk dan mudah penyek. Sukar nak kembali kepada bentuk asal.
Rating : 1 Bintang
2. Wainscoting PVC Roll
Harga mahal dari foam tetapi murah dari kayu. Tidak boleh dipenyek. Tapi juga sedikat susah untuk dibentuk sebab datang dalam bentuk roll
Rating : 2 Bintang
3. Wainscoting Kayu
Antara yang paling popular digunakan. Harga agak mahal, tetapi ada peminat tersendiri kerana corak bunganya yang bermacam jenis. Memerlukan kesabaran apabila pasang kerana perlu gosok dengan kertas pasir dan cat sebelum mendapat hasil permukaan yang diinginkan.
Pemotongannya juga memerlukan peralatan seperti gergaji dan memerlukan sedikit kemahiran. Tidak sesuai untuk rumah yang mempunyai permukaan dinding yang tidak rata kerana wainscoting kayu akan kelihatan tergantung.
Rating : 3 Bintang
4. Wainscoting Plastik / Hard Plastic
Harga murah dari PVC dan kayu. Keras dan tegak tetapi masih boleh dipotong menggunakan pisau tajam. Kualiti ok kerana tak perlu gosok atau cat sebaliknya datang dengan permukaan yang licin.
Sesuai untuk permukaan dinding yang tak rata kerana walaupun tegak tetapi masih boleh dilentur untuk mengikut permukaan dinding.
Rating : 4 Bintang
5. Wainscoting PU / Plaster
Harga lebih kurang PVC. Keras dan tegak. Kelebihannya panjang 2meter lebih. Cuma material ni senang patah terutama kalau beli online. Juga sukar untuk mengikut permukaan dinding yang tidak rata.
Kekurangan lain susah sikit nak potong memerlukan gergaji paip dan sedikit kemahiran.
Rating : 3 Bintang
Sumber : Fizi Hamid