Kenali Jenis Soket Dan Extension Untuk Kegunaan Rumah

Ditulis oleh

Penyambung wayar ataupun lebih dikenali sebagai "Extension Wire"  kini makin menjadi pilihan ramai serata dunia. Boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai penyambung wayar ini. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai kenali jenis soket dan extension untuk kegunaan rumah.

Benda ini menjadi pilihan orang ramai kerana ianya membolehkan untuk anda cas pelbagai peranti pada masa yang sama. Namun begitu, di setiap kelebihan itu pastinya ada kekurangan.

Anda tidak boleh sesuka hati menyambungkan banyak peranti ke satu plug yang sama kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang bahaya buat anda serta kawasan rumah anda.

Saudara James Hukala ada memperincikan jenis soket dan penyambung wayar yang sesuai serta selamat untuk digunakan di rumah anda. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

Kenali Jenis Soket Dan Extension Untuk Kegunaan Rumah :

Hari ni saya share tentang peralatan (wire penyambung atau adaptor.)

Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.. share kat kawan kalau boleh..

1. Penyambung Wayar(Extension Wire)

Wayar ini sangat praktikal untuk digunakan di rumah. Mudah, senang dan murah, akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dengan alat elektrik yang anda pakai. Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara ataupum kerja berpindah.

Tidak Sesuai Dalam Kegunaan :

Peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater.

Cara Yang Betul Untuk Menggunakannya :

Pastikan wayar ditarik semua daripada
kotaknya..inilah adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat..tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung..lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)

2. 3 pin soket tambahan (3 pin Adaptor)

Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara seperti Extension Wire.

Tidak Sesuai Dalam Kegunaan :

Tidak sesuai untuk Tv,radio, computer.peti sejuk dan lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.

Cara Yang Betul Untuk Menggunakannya :

Sebaik-baiknya anda disarankan untuk membeli adaptor kerana ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse serta cip elektronik didalamnya. Sekiranya berlaku kilat atau powersurge ( arus mengejut) fuse adaptor akan putus dan menyelamatkan peralatan elektrik.

Sekian saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana. Sayangilah nyawa keluarga anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 1, 2020
Dikemaskini pada
November 1, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram