Penggunaan rumput tiruan pada masa kini sudah tidak asing lagi. Ramai pemilik rumah memilih untuk menggunakan rumput tiruan ini bagi mencantikkan lagi halaman rumah mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan rumput tiruan ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.
Saya nak kongsi pasal artificial grass iaitu rumput buatan tiruan atau rumput palsu. Untuk sesiapa yang tiada masa nak menguruskan rumput di halaman tetapi suka akan rumput yang menghijau dan jika anda ada niat untuk pasang rumput palsu, yakinlah bahawa ianya bukan satu keputusan yang salah.
Kami pasang sejak 2017 sehingga sekarang 2021 masih menghijau.
Anak paling kecik, waktu ini masih belum dapat berjalan lagi.
Aktiviti obstacle course untuk anak autism kami setiap petang.
Kalau suka rumput nampak fresh macam baru lepas mesin, boleh pilih 25 - 30mm. Supaya kelihatan lebih semula jadi, saya memilih 30 - 38mm. Harga berbeza mengikut kualiti.
Pokok batang pinang dalam pasu itu sudah mati.
Kawasan luar rumah sebelum rumput tiruan diletakkan.
Selepas letak rumput. Naik seri sikit kan? Maaf sebab tak reti nak potong pokok itu.
Ini anak Autism saya. Suka sangat main pasir. Suka makan pasir.
Sudah besar hero-hero mama. Nanti bila mama sudah tiada, jagakan abang ya nak.
Sekarang tiada lagi fencing glass ini dan sudah tukar decking juga.
Pandangan dari sudut hadapan rumah.
Ruang depan ini saya biar tak letak rumput. Buat area anak-anak main pasir. Saya beli je pasir halus itu letak dekat sini.
Sekarang anak-anak sudah besar (dah pergi sekolah), jadi kawasan ini sudah jadi mak dia punya tempat tanam cili, pokok limau, daun kari, serai dan lain-lain.
Letak pelampung atau kolam air pun tak perlu risau bocor.
Rumput masih menghijau dengan jayanya. Tak melepet walaupun basah.
Ini adalah rumput yang tak berkualiti. Sakit mata tengok melepet.
Ini sama dengan gambar diatas (letak dekat bathroom). Lebih nampak macam karpet. Bukan rumput. Apa-apa pun terpulang pada citarasa masing-masing.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Kredit : Nurhazra Mohd Yusof