Bukan semua orang mempunyai kelebihan dalam melakar dan design sendiri bahagian dapur rumah. Jika anda mempunyai bakat seperti ini tidak salahnya anda cuba terjemahkan hasil seni ini pada bahagian dapur rumah anda seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Perkongsian pada kali ini adalah dari Aisyah Abdullah. Perkongsiannya pula adalah mengenai karya seni ubahsuai dapur rumah gaya "Klasik Moden".
Jom ikuti perkongsian yang sangat menarik dan cukup berseni ini.
Bermula dengan sekeping lukisan diatas kertas, terhasil lah karya seni klasik dan moden.
Kabinet dapur Nyatoh Solid Wood. Pada bahagian top pula guna granite, tapi top bar guna kayu semangkuk.
Harga saya sudah tak ingat sebab buat sudah lama.
Ini adalah lukisan tangan yang dihasilkan olehnya.
Lakaran yang telah siap dihasilkan oleh pemilik rumah ini sebelum proses ubahsuai mula dilakukan.
Keadaan dapur table top setelah proses ubahsuai mula dilakukan.
Keadaan dapur dari sudut pandangan berbeza.
Ini pula adalah keadaan dapur setelah selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.
Dapur pada waktu malam.
Keadaan dapur pada waktu siang.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk cuba melakar sendiri konsep dapur seperti mana yang di inginkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.