Jom Ketahui Jenis Langsir Rumah Untuk Dipasang Dirumah

Ditulis oleh

Setiap daripada kita ni pastinya inginkan dekorasi langsir yang cantik dan gempak yang mampu membuatkan para tetamu terpukau kan? Jika ingin melakukan sedemikian, anda seharusnya mengetahui terlebih dahulu untuk ketahui jenis langsir yang hendak dipasang dirumah anda.

Melalui perkongsian seorang lelaki di twitter bernama @naufalantezem, beliau ada berkongsi kepada kita semua untuk berkenalan dengan langsir. Untuk jenis-jenis langsir ini terdapat pelbagai pilihan untuk anda pilih. Boleh anda lakukan ketika lockdown pkp ini.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua jenis-jenis langsir yang mampu anda lakukan untuk rumah anda. Anda boleh baca dan ketahui jenis langsir mana yang anda ingin hiaskan untuk rumah anda.

Ketahui Pelbagai Jenis Langsir Yang Mampu Membuat Rumah Nampak Cantik

ketahui jenis langsir

1. ROD POCKET

Ini gaya paling common kat Malaysia. Biasanya zaman dulu-dulu, ketuk paku kiri kanan bucu tingkap, sangkut pita dawai langsir yang elastic atau tali rafia, kemudian disarungkan terus langsir. Kalau nak sangkut pd rod pun boleh. Cuma besarkan sikit poket langsir tu.

2. FRENCH PLEAT

Ini paling popular. Aku guna nama French Pleat sebab kat supermarket, kebanyakannya guna nama French Pleat jenis ni. Ada juga guna Deep Pleat. Aku sendiri kurang pasti mana lebih tepat.

3. EYELET

Langsir kegilaan bini-bini dan mak-mak zaman kini. Mungkin sebab kekemasan dan mudah nak dikendalikan. Tebuk, cover dengan eyelet yang bulat-bulat tu dan sangkut terus. Langsir jenis ni harga mampu milik tapi batang rod langsirnya berdesing sikit harga.

ketahui jenis langsir

4. PINCH PLEAT

Jenis ni aku kurang familiar dan selalu confuse dengan French Pleat. Nampak lebih kurang tapi hook dia berbeza. Pita langsir pun lain dengan French Pleat. Aku pernah beli jenis Pinch Pleat, guna hook French Pleat tapi dia londeh ke bawah. Maybe sebab tu orang guna ring kot.

ketahui jenis langsir

5. TAB TOP

Aku rasa langsir jenis Tab Top ni paling mampu milik. Kalau pergi kat kedai, harga Tab Top mesti paling cun. Tengok gaya nak pasang pun senang. Ada yang sarung terus pada rod, ada yang ada butang, velcro untuk buka, pasang. Tapi mak-mak kurg minat sbb nampak rod langsir.

ketahui jenis langsir

Sumber : Twitter @NaufalAntezem

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 19, 2021
Dikemaskini pada
Jun 19, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram