Apa itu paver? Paver atau nama yang lebih popular dengan panggilan "tapak gajah" adalah merupakan kepingan bata yang mempunyai pelbagai corak, warna dan bentuk yang disusun sebagai lantai di landskap atau di halaman kediaman. Untuk pengetahuan, ini perkara mengenai paver sebelum anda memasangnya.
Kos Rendah Dan Penjagaan Mudah
Kerja untuk penjagaan paver ini tidak banyak yang perlu dilakukan untuk menjaganya. Selain menyapu untuk membuang pasir yang berada di atas paver, water jet juga boleh membersihkan paver daripada kotoran seperti lumut dan kotoran-kotoran lain.
Semakan Bawah Tanah
Sebelum anda menyediakan kawasan yang anda ingin memasang paver, hubungi pihak utiliti untuk membuat penanda jika di bawah tanah mempunyai paip atau kabel elektrik. Kemudian melakukan proses penggalian di paras akar tumbuh-tumbuhan sedalam 6 inci.
Bebas Rumput
Untuk mengelakkan rumput tumbuh di celah paver. Gunakan kain landskap atau kain yang sesuai untuk menghalang rumput itu tumbuh di antara tanah dan aras pasir yang baru. Ini dapat minimumkan tumbuh-tumbuhan untuk tumbuh.
Buat Tapak
Untuk memasang paver ini, anda perlu menyediakan tapak yang mencukupi serta kondisi tapak tersebut yang kukuh, rata dan licin untuk meletakkan paver ini. Untuk memampatkan tapak, anda perlu menggunakan alat seperti plate compactor atau tamper.
Merancang Saliran Air
Walaupun anda mempunyai paver yang rata dan cantik, anda mesti cerunkan sedikit kedudukan paver ke arah kawasan yang dapat menapung kelembapan atau kawasan saliran yang sedia ada. Rancang untuk penurunan ketinggian sebanyak suku inci untuk setiap jarak dua kaki supaya air itu dapat mengalir turun.
Variasi Warna Dan Corak
Variasi warna juga adalah perkara yang penting kerana paver ini didatangani dengan pelbagai warna, corak dan rekabentuk. Jadi untuk melihat hasil yang menarik dan berpuas hati, anda perlu memilihnyadengan baik. Untuk lebih menarik, campurkan pelbagai warna dan corak untuk memperoleh hasil yang menarik.
Menutup Retakan Atau Lebihan Ruang
Selapas paver dipasang. Tutup retakan atau lebihan ruang tersebut menggunakan lapisan pasir. Mampatkan pasir tersebut menggunakan penyapu atau berus supaya ketulan paver tersebut tidak teralih daripada kedudukan asalnya.
Baca Juga : Jenis-Jenis Paver Sesuai Harus Anda Ketahui
Sumber : Yardville Supply