Cara Mudah Atasi Masalah Remote Control Selalu Hilang

Ditulis oleh

Remote control selalu hilang? Hari ini kami ingin kongsikan cara DIY sendiri rak guna lebihan casing penghawa dingin. Hal ini kerana salah satu objek yang sering hilang ketika diperlukan ialah alat kawalan atau remote control jauh televisyen ataupun pendingin hawa.

Sekejap ada atas meja, sekejap hilang ‘ditelan’ sofa. Silap hari bulan, ada masanya boleh ‘terbang’ ke dapur.

Bagi rumah yang ada anak kecil pula, kadangkala alat ini pun menjadi permainan mereka. Semuanya berpunca apabila tiada ruangan khas untuk meletakkan alat kawalan ini yang jauh daripada capaian anak-anak.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Encik Aidil Azhar berkongsi tips digunakannya untuk menghasilkan sendiri rak alat kawalan jauh. Apa yang menariknya, beliau menggunakan lebihan casing pendingin hawa sahaja untuk membuat rak berkenaan. Jimat.

Jom baca perkongsiannya.

Remote Control Selalu Hilang? Ini Cara Yang Paling Mudah! :

Remote mana bang?

Ni la soalan yang biasa setiap hari. Semalam remote aircond ghaib! Habis selongkar katil, bantal, bawah sofa, dalam laci. Ghaib. Akhir sekali pergi DIY beli baru.

Ok. Soalannya, macam mana mahu elakkan hilang semula. Fikir-fikir, ini lah hasilnya. Tempat letak remote. Sekurang-kurangnya remote ada tempat khas. Hilang jugak, aku letak mangga terus.

DIY Rak Remote ControlDIY Rak Remote ControlDIY Rak Remote ControlAsal rak remote control ini adalah lebihan casing aircond yang aku beli kat hardware. 15 ke 17 ringgit

Langkah-langkah :

1. Kumpul dan mula agak-agak jarak remote.

DIY Rak Remote Control2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.

DIY Rak Remote Control3. Ukur saiz setiap remote  control dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat.

DIY Rak Remote Control4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang remote.

DIY Rak Remote Control5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat. Bila remote fit nampak kemas sikit.

DIY Rak Remote Control6. Plotkan pada casing.

DIY Rak Remote Control7. Siap lukis dan plot. Puas hati kita teruskan. “Measure twice, cut once.”

DIY Rak Remote Control8. Potong lebihan tepi. Guna la apa-apa peralatan yang korang ada. Janji putus.

DIY Rak Remote Control9. Untuk lubang tengah aku cadangkan guna gerudi. Guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang nak potong dengan pisau nanti.

DIY Rak Remote Control10. Ini lepas potong dan kemaskan guna pisau. Perlukan steady hand, sama ada kau akan cedera atau tepotong bekas PVC. Jadi berhati-hati.

DIY Rak Remote Control11. Kita buat cubaan atas darat. Kalau okey, kita teruskan.

DIY Rak Remote Control12. Letak dinding aku guna double tape je. Mudah. Tidak perlu tebuk lubang. Kalau kamu tidak yakin, boleh tebuk.

DIY Rak Remote Control13. Kalau anda perasan lekuk pada bibir PVC menghalang remote dari menggelongsor dari kedudukannya. Jadi insyallah tidak akanjatuh. Kecuali kau sesaja buat bijak tolak.

DIY Rak Remote Control14. Inilah hasil DIY rak remote control yang boleh letak 4. Kalau andaada sepuluh remote, boleh tebuk ikut suka.

Sebelum terlupa. Remote aku yang hilang baru jumpa tadi. Anak aku letak dalam lunch box kakak dia.

DIY Rak Remote ControlSemoga idea DIY rak remote control atau alat kawalan jauh ini dapat memberikan inspirasi kepada anda.
Kredit: Aidil Azhar
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 17, 2020
Dikemaskini pada
Disember 17, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram