Sudah pasti kita sentiasa terdengan ayat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mereka memupuk minat anak-anak membaca sejak dari kecil lagi.
Untuk memupuk minat mereka, kita hendaklah menyediakan satu ruangan membaca yang dikhaskan di satu sudut yang luas.
Selain itu, dengan adanya ruangan membaca ini turut menambahan keserian di kediaman rumah anda. Walau bagaimanapun, untuk membuat ruangan membaca ini, anda perlu ketahui beberapa tip penting atau tidak ruang membaca anda tidak akan kelihatan berseri-seri.
Menerusi perkongsian daripada Puan Khairunnisa Hamzah, beliau ada berkongsikan bagaimana tips untuk menyediakan mini perpustakaan di rumah anda. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
1. Ruang
Kita boleh memilih mahu letakkan buku di ruang khas atau ia berada di sekeliling rumah. Untuk persendirian, boleh buat gua buku sendiri.
Jika berkeluarga atau mahu berkongsi dengan orang ramai, boleh letak di keliling rumah atau ruang publik.
Menyusun buku ikut kategori dan genre memudahkan proses pencarian. Jika saya, saya suka meletakkan kategori buku mengikut ruang.
Seperti buku masakan diletakkan di dapur. Buku kanak-kanak di bilik anak. Buku motivasi di sebelah katil sendiri dan sebagainya.
Boleh tempah khas atau buat sendiri rak buku mengikut kreativiti dan kemampuan. Hendak seribu daya.
Ada juga yang bina rak dari batu bata atau kayu terbuang. Nilainya bukan pada rak, tetapi pada buku yang dipelihara.
Letakkan perabot sokongan pada kawasan penyimpanan buku jika mahu aktiviti pembacaan berlaku di situ.
Seperti kerusi, sofa atau set meja kerusi. Paling tidak pun letakkan hamparan dan bantal.
Berikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik demi kesihatan mata dan agar boleh berlama di situ. Tidak buang masa jika kita sedang membaca. Begitu juga dengan ahli keluarga.
Berikan warna yang terang dan lembut pada ruang membaca. Jika terlalu gelap, cepat mengantuk. Jika terlalu menonjol warna, menyebabkan rasa tidak selesa.
Kawal setiap buku yang masuk ke rumah. Pilih yang baik-baik saja. Kerana membawa masuk buku adalah sama erti membawa masuk pengaruh dan guru.