Semua suri rumah menginginkan untuk memiliki dapur yang cantik dan kelihatan menarik. Dengan memiliki dapur rumah dengan konsep sedap mata memandang, ia dapat memberi semangat kepada suri rumah dalam melakukan kerja-kerja didapur. Jadi, suri rumah akan lebih bersemangat untuk memasak dan sebagainya. Perkongsian pada kali ini adalah dari Bal N Ayu. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea ubahsuai dapur lama berkonsepkan "Back To Nature".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Dapur kesayangan saya.
Alhamdulillah, baru sebulan lebih pindah disini.
Inilah hasil “sebelum dan selepas” dapur yang tak seberapa.
Kalau tengok gambar dibawah ini, pasti anda terfikir macam mana nak pasang kabinet itu. Pintu dapur berada pada bahagian kanan, pintu belakang berada pada bahagian kiri. Setelah melihat gambar "selepas", barulah anda perasan, Rupa-rupanya pemilik rumah pecahkan bahagian dapur pindahkan pintu.
Disebabkan konsep reka bentuk dapur lama agak susah, jadi pemilik rumah ini terpaksa pecahkan bahagian dapur ini terlebih dahulu.
Kos keseluruhan untuk kabinet dapur atas bawah 16ft material 3g glass dan table top 16ft kesemuanya adalah rm8700. Kos tukar dan alih pintu rm2200.
Untuk pengetahuan, pasu bunga putih itu dibeli dari IKEA. Air diffuser juga diletakkan pada bahagian dapur ini.
Pasu bunga yang berada diatas meja itu dibeli secara online di Shopee.
Balang yang digunakan dibawah ini dibeli dari Shopee.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai dapur rumah anda.
Semoga bermanfaat.