Siapa saja yang tidak mahu memiliki dapur yang cantik dan kelihatan mewah. Meskipun dapur rumah anda ruangnya agak sempit, itu bukanlah menjadi penghalang untuk dalam melakukan makeover dapur lama kepada gaya baru supaya kelihatan lebih menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nur Amani Abdul Rani. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea ubahsuai dapur basah ruang terhad kepada gaya elegan.
Jom sama-sama ikuti perkongsian ini.
Alhamdulillah setelah 2 bulan lebih jugak menunggu, siap juga akhirnya dapur basah walau besar sekangkang kera.
Jom masuk dapur!
Ini adalah keadaan sebelum diubahsuai.
Tingkap 3 panel itu tingkap bilik, ubahsuai yang dibuat ruang hujung sahaja dan memang ada tingkap 2 panel dan pintu dapur lama. Jadi, bahagian tingkap dapur itu perlu dipecahkan.
Keluasan bahagian dapur ini lebih kurang dalam 13 kaki x 6 kaki.
Ruang pemisah antara dry kitchen dan wet kitchen.
Wet kitchen pakai konkrit sebab kabinet lama pakai modular kabinet, bila leaking habis rosak.
Sudah nampak rupa dapur.
Backsplash dengan table top tiles yang sama, saiz 4 kaki x 2 kaki, brand bellezza, tengok dekat Facebook macam-macam design sampai juling mata.
Pemasangan pintu kabinet menggunakan material 3G.
Pandangan dari sudut dry kitchen, asal nak letak sliding door atau barn door tapi suami suka terbuka sebegitu.
Cuba nak minimalkan barang atas table top.
Panjang base kabinet dalam 11 kaki.
Ruang ini tak tahu nak kemas macam mana, memang tak boleh sorok dalam kabinet.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk ubahsuai dapur ruang terhad anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.