Bukan semua orang mampu untuk miliki rumah sendiri. Kebiasaannya sementara sedang mengumpul wang untuk membeli rumah sendiri, jalan terbaik adalah dengan menyewa terlebih dahulu. Walaupun hanya tinggal dirumah sewa, anda juga perlu memastikan rumah sewa anda sentiasa kemas dan selesa. Perkongsian pada kali ini adalah dari Siti Sara. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea deco rumah sewa flat 2 bilik guna barang IKEA.
Jom ikuti perkongsian deco rumah sewa yang sangat cantik dan begitu kreatif dihasilkan ini.
Sebelum ini saya kongsikan ruang tamu dan dapur rumah saya. Kali ini saya kongsikan deco dalam bilik saya dan bilik anak-anak.
Rumah sewa flat 2 bilik dengan keluasan 550sqft.
Ini adalah keadaan Master bedroom sebelum diubahsuai.
Bilik dari sudut pandangan lain.
Bilik anak-anak sebelum diubahsuai.
Ini pula adalah keadaa bilik selepas diubahsuai.
Keadaan langsir dan katil selepas diubahsuai.
Almari kabinet yang digunakan.
Meja kerja suaminya. Ia juga menjadi tempat buat repair phone. Jadi dekat rumah kena ada workstation untuknya juga.
Saya memang suka lampu-lampu macam ini, jarang buka downlight ceiling.
Dimana-mana pun ada lampu warm white.
Fairy lights ini dekat luar rumah pun ada. Time nak raya puasa hari itu, anak-anak tanya kenapa lampu kelip-kelip kita tak warna-warni macam rumah orang lain mama?
Bilik anak-anak. Memang tak letak apa-apa tikar lagi sebab belum jumpa yang berkenan di hati.
Anak saya 3 orang semua lelaki. Nak letak katil lagi sebiji, jadi sempit pulak. Kesian tak ada ruang main. Jadi lagi sorang tidur tilam dekat bawah. Bila nak tidur, tarik keluar tilam. Dah pagi, tolak balik masuk bawah katil.
Ruang PDPR anak-anak.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.