Rumah sewa adalah rumah sementara yang anda di diami oleh kerana masih kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Ada juga faktor lain tinggal dirumah sewa, salah satunya adalah disebabkan oleh faktor kerja jauh dari kampung halaman dan sebagainya. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nur Anis Azizan. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea deco dapur rumah sewa hanya guna wallpaper brick.
Jom ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan ini.
Decoration dapur rumah sewa.
Sekadar perkongsian.
Barang semua tak ada la mahal, beli dari Shopee, Ninso dan Kedai Eco sahaja. Idea hasil godek-godek dalam Facebook juga.
Bagi saya, menyewa ke rumah sendiri ke sama sahaja dipanggil rumah tempat kita berteduh wajib selesa sedap mata memandang dan yang paling penting kena bersih.
Ini adalah keadaan selepas dan sebelum dapur rumah sewa ini. Boleh dikatakan sangat berbeza keadaan dapur sebelum diubahsuai.
Ini pula keadaan selepas dan sebelum ruang sinki dan rak tempat menyimpan barangan elektronik.
Sangat menarik dan begitu kreatif dekorasi rumah sewa yang dilakukan ini. Ubahsuai yang dilakukan ini simple sahaja tapi sangat menarik.
Keadaan bahagian tempat menyimpan perkakasan rempah ratus selepas dan sebelum diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai rumah sewa anda.
Semoga bermanfaat.