Dari Rumah Usang "Menyeramkan" Bertukar "Villa Mewah"

Ditulis oleh

Memang ramai yang tidak menyangka rumah teres usang yang menyeramkan ini boleh bertukar villa mewah yang cantik dan menarik. Mana tidaknya rumah yang dibelinya ini dahulu merupakan rumah yang sudah lama tidak berpenghuni. Perkongsian kali ini adalah dari Nur Natasha Abdullah yang ingin berkongsi tentang transformasi rumah teres usang kepada villa mewah.

Menurutnya dari pandangan orang ramai mungkin rumah ini nampak seperti tiada nilai. Tetapi tidak baginya. Dia berkata ketika pertama kali melihat rumah teres setingkat ini sudah terbayang apa yang ingin diubah olehnya. Disebabkan keinginannya itu beliau berjaya mengubahsuai rumah tersebut menjadi kediaman yang menarik.

Tranformasi Rumah Teres Usang Kepada Villa Mewah :

Saya beli rumah tersebut daripada ejen selepas pemiliknya tidak lagi tinggal di situ dan akhirnya terbiar.

Memang untuk mengubahsuai rumah usang seperti ini agak susah daripada membuat sebuah rumah baru. Tetapi disebabkan ingin menukarkannya kepada teratak syurga untuk keluarganya. Beliau tanpa menoleh ke belakang terus mengubahsuai rumah usang tersebut.

Ini adalah hasil daripada pengubahsuaian rumahnya itu. Di halaman rumah mempunyai kolam renang. Cantik dan menarik bukan?

deco rumahApa yang lebih menarik adalah kolam renang yang dibuat itu betul-betul berada dihadapan bilik utama. Sebab pemilik rumah tertarik untuk membeli rumah ini adalah dari segi keluasan kerana ingin membina kolam renang di hadapan rumahnya itu.

deco rumah

deco rumah

deco rumah

deco rumahIni pula adalah ruang makan untuknya dan keluarga.

deco rumahIni pula adalah gambar penuh bilik utama yang menghadap kolam renang itu.

deco rumahApa yang membuatkan rumah ini kelihatan lebih unik adalah tub mandi yang bersebelahan dengan katil bilik utama begitu cantik. Tidak langsung menampakkan seperti bilik air.

Apa yang membuatkan beliau mempunyai keinginan untuk mengubahsuai rumah seperti ini adalah disebabkan oleh minat terhadap rumah berkonsepkan villa ini. Oleh kerana itulah beliau membina kolam renang di halaman rumahnya itu.

Kos yang dikeluarkan untuk mengubahsuai rumah seperti ini adalah lebih kurang dalam rm115 ribu.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba untuk mengubahsuai rumah lama.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 6, 2021
Dikemaskini pada
Februari 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram