Gunakan TV Screen Protector Untuk Elak Skrin Rosak & Calar

Ditulis oleh

"Aduhaii, TV baru sahaja beli tapi dah rosak dah. Skrin pula sudah pun tercalar dan penuh dengan goresan-goresan pada skrin tersebut. Kalau lah tv juga ada screen protector macam telefon bimbit pasti tidak akan jadi macam ni."

Begitulah nasib yang menimpa sesetengah keluarga dimana tv akan selalu rosak dan skrin akan tercalar akibat anak-anak yang buas. Apabila anak buas seperti suka baling mainan dan terlanggar tv pasti merimaskan para ibubapa.

Usah risau kerana zaman sekarang juga TV sudah pun dilengkapi dengan screen protector macam telefon . Ia bertujuan untuk elakkan daripada berlakunya kerosakkan dan calar akibat daripada budak-budak. Perkongsian ini dikongsikan oleh Abeho Abdullah. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Penggunaan TV Screen Protector Menyelamatkan TV Anda

Salam, deko pun deko jugak, yang ada TV dan ada anak-anak kecik kat umah tu, nak taknak kena beli benda alah ni…

Lebih-lebih lagi anak yang sedang membuas dan suka baling-baling barang mainan. Haha.

Harga Untuk TV Screen Protector

Untuk makluman semua, harga paling murah untuk didapati ialah RM80 bergantung kepada saiz tv anda semua. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih.

Boleh Dapatkan Di Shopee - https://shp.ee/qd7xs5q

 

Berikut merupakan cara dan juga bagaimana alat ini dilihat jika dipasangkan pada tv

TV Screen Protector

Pandangan dari sisi adalah sebegini rupa. Sangat tebal dan kukuh kerana pelindung tv ini menggunakan bahan acrylic untuk panel tersebut.

TV Screen Protector

Bungkusan juga di bungkus dengan rapi agar pelindung tv ini tidak pecah dan selamat semasa penghantaran.

TV Screen Protector

Panel tv tersebut dikukuhkan lagi dengan pemegang khas macam dibawah ini.

Dapat Elakkan Dari Beli TV Baru

Giler Deco rasa lebih baik belanjakan untuk tv screen protector ini yang berharga hanya dalam RM350 kebawah sahaja. Jika difikirkan balik, daripada beli tv baharu dimana harga mencecah hampir RM1K-RM2K, baik beli alat ini.

Lagipun selamat jika ada banyak budak-budak yang datang rumah terutama ketika Hari Raya ataupun cuti sekolah. Kalau barang dibaling pun, tv tetap akan selamat dan risiko untuk rosak sangat berkurang.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Abeho Fadlulah

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 9, 2021
Dikemaskini pada
Mei 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram