Shiplap wall sudah tidak asing lagi pada masa kini jika bercerita tentang deco rumah. Hal ini kerana rata-rata pemilik rumah pada masa kini sudah mula deco rumah masing-masing menggunakan konsep shiplap wall ini. Dengan menggunakan konsep ini suasana rumah dilihat lebih menarik dan lebih kreatif berbanding hanya dengan mengecat rumah sahaja. Perkongsian pada kali ini adalah dari Haniff Omar. Perkongsiannya adalah mengenai guna "shiplap wall" tukarkan dinding lusuh dan comot kepada konsep moden menarik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah yang sangat simple dan menarik ini.
Alhamdulillahh.
Siap projek shiplap wall.
Keadaan dinding rumah sebelum proses ubahsuai rumah dilakukan dengan konsep shiplap wall.
Ini adalah semasa proses ubahsuai rumah baru sahaja dimulakan.
Proses-proses pemasangan shiplap wall mula dilakukan secara berperingkat disamping kayu mdf dipotong supaya saiz yang digunakan itu sama.
Selepas pemasangan shiplap wall dengan menggunakan kayu mdf, proses seterusnya adalah mengecat bahagian dinding tersebut dengan cat warna putih.
Dinding yang dibuat shiplap wall selepas proses mengecat selesai dilakukan.
Keadaan dinding dari sudut pandangan berbeza.
Keadaan dinding setelah penghasilan deco dinding dengan menggunakan konsep shiplap wall selesai dipasang dan di cat.
Cantik bukan apa yang dilakukan oleh mereka?
Inilah hasilnya proses pemasangan shiplap wall ruang makan setelah selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan projek pemasangan shiplap wall dengan menggunakan kayu mdf ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.