Jarang kita dengar orang dekorasi rumah menggunakan shera plank pada pagar rumah. Tetapi anda perlu tahu yang apa saja dekorasi boleh dihasilkan asalkan anda berani untuk mencuba benda baru. Apa yang menarik untuk perkongsian kali ini adalah berkenaan penghasilan pagar menggunakan shera plank. Perkongsian ini adalah dari saudara Shahril Azhari Jumari yang memuat naik hasil dekorasinya di laman facebook baru-baru ini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu shera plank kan? Kami akan terangkan kepada anda.
Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Shera plank merupakan hiasan seperti kepingan kayu yang boleh dilekatkan pada dinding luar rumah.
Shera plank diperbuat daripada bahan campuran simen dan fiber yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat berbanding kayu untuk digunakan pada bahagian luar rumah.
Shera plank boleh didapati dalam pelbagai corak yang akan menjadikan rumah anda kelihatan lebih menarik.
Sudah jelas bukan? Jom sama-sama kita ikuti sedikit perkongsian yang ingin dikongsi oleh lelaki ini mengenai dekorasi pagar rumah yang menggunakan shera plank.
Ini adalah keadaan rumah sebelum pagar ditukar. Pagar yang digunakan adalah pagar besi biasa sahaja.
Ini adalah keadaan pagar rumah yang sudah siap dipasang shera plank. Sungguh menarik apa yang dilakukan oleh lelaki ini kerana jelas kelihatan rumahnya nampak lebih modern selepas menggunakan shera plank pada pagar rumah.
Gambar diatas adalah gambaran semasa menyiapkan projek pemasangan shera plank ini.
Bagi yang bertanya berapakah kos barang? lebih kurang RM320-350 dan tidak lebih. Harganya agak berpatutan untuk rumah seperti ini.
Gambar lebih jelas selepas shera plank siap dipasang. Untuk yang bertanya apa nama shera plank ini untuk memudahkan urusan pencarian nanti. Namanya adalah shera plank cement fiber board.
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mendekorasikan rumah menggunakan shera plank ini.