(Gambar) 5 Jenis Tingkap Yang Paling Popular Di Malaysia

Ditulis oleh

Setiap rumah di malaysia kebanyakkan daripadanya pasti mempunyai tingkap. Tingkap adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah dekorasi rumah. Dengan adanya tingkap, ia membawa cahaya semula jadi ke ruang anda sambil memberikan rumah anda satu paparan visual yang menarik.

Sedikit yang anda tahu terdapat banyak jenis tingkap untuk kediaman anda bergantung pada visual, gaya dan idea. Hari ini, kami akan mengumpulkan 5  jenis tingkap yang popular di Malaysia besertakan gambar. Jom tengok.

1. Sliding Window

Sliding window ini berfungsi sama dengan sliding door. Mereka meluncur secara mendatar tanpa ayunan ke dalam dan ke luar seperti tingkap selongsong. Ia merupakan penjimat ruang yang sempurna untuk rumah yang lebih kecil manakala ia juga bagus untuk membiarkan cahaya maksimum masuk yang mampu menerangi seluruh ruang rumah atau bilik anda.

2. Bay Window

Bay window ini terdiri daripada sekumpulan tingkap yang keluar dari dinding. Ia mewujudkan "ruang" di dalam sebuah ruangan. Ia biasanya terdiri daripada tingkap kaca tetap.

3. French Window

Jenis Tingkap

French window merupakan tingkap yang elegan dan klasik. Ia meningkatkan ruang anda menjadi suasana yang terang dan lapang dengan membenarkan cahaya yang maksimum masuk ke dalam bilik anda. Tingkap panjang dengan panel kaca besar, ia boleh digunakan sebagai tingkap atau pintu.

4. Picture Window

Jenis Tingkap

Anda ingin bayangkan pemandangan di luar rumah anda sebagai sebuah karya seni yang menarik? Itulah peranan picture window. Ia memberikan cahaya semula jadi yang cukup. Ia sangat sesuai untuk ruang yang memerlukan pengudaraan yang lebih sedikit kerana picture window ini tidak hidup banyak udara.

5. Pivot Window Lourve

Jenis Tingkap

Yang terakhir adalah pivot window lourve yang boleh laras. Ia merupakan apa yang anda perlukan untuk pengudaraan yang terbaik untuk rumah anda. Ia dikelilingi oleh kemodenan tingkap louvre yang ramping, mereka juga mempunyai fungsi fleksibiliti yang tinggi.

Sumber : Pinterest/Mirrors

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- (Gambar) Dekorasi Rumah Diatas Air Yang Simple & Menarik

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 30, 2020
Dikemaskini pada
November 30, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram