Filter aircond sudah berhabuk? Adakah anda merasakan bahawa aircond anda tidak lagi sejuk seperti biasa bila anda mula-mula membelinya? Tahukah anda bahawa sekiranya aircond tidak sejuk bermakna filter aircond sudah berhabuk dan ianya perlu dibersihkan.
Punca filter aicond sudah berhabuk ialah daripada penggunnaan terhadap aircond tersebut. Semakin kerap ia digunakan, semakin cepat ia mudah berhabuk. Selain itu, udara dirumah anda juga mungkin penyebab utama filter aircond. Udara yang kotor dan penuh habuk mudah memasukki kedalam filter tersebut.
Anda boleh mencuci sendiri filter tersebut dengan cara yang lebih cepat dan senang. Menurut perkongsian daripada facebook Ahmad Syahril Mohd, beliau tunjuk cara step by step untuk cuci sendiri tanpa mengeluarkan apa-apa modal. Jom DIY sendiri. Senang jer.
1. Buka Filter
Cara nak buka filter tu, mula-mula tarik di bahagian ini, dekat kedua-dua belah kiri dan kanan aircond.
2. Keluarkan Filter
Lepas tu keluarkan filter di depannya. Caranya tarik je perlahan-lahan. Macam ni rupa filter tu.
3. Bersihkan Habuk
Kemudian sapu habuk tu bagi bersih.
Nak bersihkan atau basuh guna air pun boleh. Tapi lepastu pastikan kering dulu baru pasang semula.
4. Pasang Semula
Cara nak pasang balik pun sama lebih kurang macam buka tadi.
Cuma tolak masuk semula ke tempatnya.
Tolak filter sampai ia masuk ke senggatan ni.
5. Tutup Semula
OK dah siap pasang macam ni, tutup kembali penutupnya.
Mudahkan apabila anda tahu cara untuk bersihkan filter aicond sudah berhabuk ini.
Seeloknya filter aircond ini perlulah dicuci atau dibersihkan setiap 2 minggu sekali. Ia bergantung kepada kekerapan kita menggunakannya dan juga udara di sekitar rumah anda. Jika udara tidak bersih dan penuh dengan habuk, anda perlu kerap mencucinya.
Langkah bersih ini juga bukan sahaj menghalang daripada filter ini berdebu, sebaliknya ia juga merupakan penyelenggaraan untuk membantu memanjangkan jangka hayat aircond ini supaya dapat diguna lebih lama.
Itu sahaja perkongsian daripada kami ini. Harap anda dapat membuat denga berjaya.
Sumber : DIY Bersih Filter Aircond
Ingin membaca artikel yang lain lagi?
Baca juga :- Macam Kat BALI! Dalam Masa 2 Hari Jer, Abang Ini Gali Kolam Renang Secara MANUAL!