Ruang dapur memang merupakan satu tempat dan ruang yang selalu digunakan oleh suri rumah untuk memasak dan melakukan kerja dapur. Tanpa adanya ruang dapur pastinya seisi rumah akan kelaparan bukan? Jadi tidak salah kalau anda deco dapur anda supaya cantik dan selesa untuk kegunaan harian. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari seorang wanita dan suri rumah yang bernama Uji Ismail. Perkongsiannya adalah mengenai extended ruang dapur kecil guna konsep "bnw".
Pasti anda tertanya-tanya bukan apa itu konsep "BNW"? Konsep BNW itu adalah singkat kepada gaya konsep Black & White. Jadi kita panggil konsep sebegini BNW bagi memudahkan untuk anda menyebutnya.
Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan oleh wanita ini.
Tak tahu nak letak caption apa. Ini dapur kecil saya sebelum dan selepas. Saya extended dapur saya habiskan ruang belakang tingkap Sinki (yang curtain merah). Hari ini baru siap pasang pintu base cabinet. Belum siap berkemas dan deco lagi.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai dengan konsep baru iaitu konsep black and white (Hitam dan putih)
Ini adalah keadaan ruang dapur selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru. Menarik bukan? Dari kawasan ruang dapur yang agak kelihatan cantik telah bertukar wajah. Kelihatan nampak lebih luas.
Keadaan ruang dapur dari sudut pandangan lain.
Keadaan ruang sinki.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk mengubahsuai dapur rumah anda.