Setiap pemilik rumah pasti mengimpikan satu tempat yang agak tenang dan asing sedikit untuk berehat, bersendirian dan menikmati suasana yang tenang. Terkadang suasana rumah terlalu bising oleh kerana ragam anak yang bermain sesama mereka dan menonton kartun kegemaran mereka. Sebagai ibu-bapa kita juga memerlukan satu tempat yang tenang dan santai tanpa gangguan untuk berehat. Jadi perkongsian pada kali ini adalah dari seorang mak yang bernama Nik Na. Perkongsiannya adalah mengenai extend rumah demi hasilkan kediaman "mak" tercinta.
Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
Kadang ini lah kita panggil terapi buat mak-mak. Tak perlu yang terlampau mewah. Cukup menghargai penat lelah. Sini ruang mak berehat, mak tenangkan jiwa. Deco Simple-simple sahaja.
anak-anak port tempat lain. Port lepak depan tv. Mak dah tua. Kadang mak bingit dengar suara-suara kartun tv.
Ini ruang tamu tambahan, khas buat mak tenangkan jiwa. 5-6 bulan baru siap sebab pkp.
"mak" tu saya sendiri la sebenarnya.
Ini adalah keadaan kawasan rumah semasa proses extend rumah dilakukan.
Proses mengecat bahagian atas dinding dilakukan.
Proses diteruskan dengan mengecat pada bahagian yang belum siap.
Anak-anak sambil tolong kemas sambil bermain.
Senang hati mak menjahit tanpa sebarang gangguan masa ni.
Ruang ini sudah siap diubahsuai. Tinggal proses mengemas sahaja.
Keadaan ruang rehat ini selepas selesai diubahsuai.
Sheer belum sempat pasang. Tukang drill tak datang-datang. Entah-entah tahun depan baru b0leh pasang ni.