Extend Dapur Cara Bajet Berkonsepkan "Dapur English"

Ditulis oleh

Mempunyai dapur yang luas dan selesa memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Dengan melakukan ubahsuai dapur rumah dengan cara extend, setidaknya dapur anda yang agak sempit dapat diperluaskan. Dengan itu, deco dapur juga dapat diterapkan dengan lebih menarik dan kemas. Perkongsian pada kali ini adalah dari Azuera Ahmad. Perkongsiannya pula adalah mengenai pemilik rumah ini extend ruang dapur cara bajet berkonsepkan "dapur ala english".

Jom ikuti perkongsian deco dapur yang cukup menarik dan kelihatan sangat luas ini.

Extend Dapur Cara Bajet Berkonsepkan "Dapur English"

 

Bila ada tanah lebih mula la nak buat penambahan ruangan dapur bagi luas sikit.

Konon nak buat ala-ala inggeris tapi bajet ciput. Maka terjadi la ruangan dapur yang tak seberapa ni.

Jadi la habuan tempat lepak makan-makan dengan family di musim PKP nie kan?

 

Ini adalah semasa proses extend dapur mula dilakukan bagi memperluaskan lagi kawasan dapur rumahnya.

deco dapur

Proses extend dapur diteruskan lagi hari demi hari.

deco dapur

Projek makeover dapur ini sudah hampir siap dilakukan dengan menaikkan atap bahagian yang dilakukan ubahsuai tersebut. Bahagian luar dapur yang di extend itu belum di cat dan pintu belum lagi dipasang.

deco dapur

Bahagian dapur yang di extend itu telah siap dibina dan kini proses extend pada bahagian depan rumah pula dilakukan.

deco dapur

Keadaan kawasan rumah dan pandangan rumah dari sisi tepi jalan.

deco dapur

Keadaan hadapan rumah setelah selesai melakukan penambahan pada bahagian depan tersebut.

deco dapur

deco dapur

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan ubahsuai dan extend dapur serta bahagian hadapan rumah anda. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 9, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram