Ubahsuai Rumah Lama Dengan Konsep "Simple Minimalis"

Ditulis oleh

Kalau bercerita mengenai konsep dekorasi minimalis boleh dikatakan semua orang mengenalinya pada masa kini. Hal ini kerana ramai pemilik rumah mula menggunakan konsep ini kerana dekorasinya begitu simple dan sangat cantik. Perkongsian kali ini adalah dari Nur Aqidah Azizi mengenai ubahsuai rumah lama dengan konsep moden simple minimalis.

Apa yang membuatkan konsep minimalis ini menarik adalah kerana konsep dekorasi ini tidak memerlukan perabot dan barangan yang banyak dirumah anda. Dengan kurangnya barangan dan perabot, rumah anda akan nampak kelihatan luas dan tidak sesak dipenuhi barangan di setiap sudut.

Konsep minimalis ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai ramai anak kecil kerana semua orang sedia maklum kanak-kanak memang agak lasak lagi-lagi anak lelaki.

Ubahsuai Rumah Lama Dengan Konsep Moden Simple Minimalis :

 

deko konsep minimalisWalaupun mempunyai ramai anak kecil. Itu langsung tidak menghalangnya dalam cuba untuk mendekorasikan rumahnya dengan cantik, menarik dan selesa untuk keluarganya tinggal.

Pada waktu rumah ini dibeli. Rumah ini kelihatan agak usang dan halaman dipenuhi dengan semak dan lalang yang tumbuh segar.

Ketika mula berpindah di kediaman baru ini dalamannya kelihatan agak teruk dan terpaksa melakukan beberapa perubahan awal agar tidak terasa janggal untuk tinggal disini.

Proses pengubahsuaian rumahnya ini lebih difokuskan pada bahagian ruang tamu dan dapur kerana ruang ini memang sering digunakan oleh setiap pemilik rumah.

deko konsep minimalisUntuk dekorasi dapur beliau memilih untuk menggunakan konsep "open kitchen". Beliau mula tertarik dengan konsep ini adalah kerana pernah melancong dan tinggal di rumah penginapan di Seoul , Korea Selatan.

Selain itu. untuk memastikan dapur rumahnya kelihatan luas dan menarik. Beliau membina kabinet yang mempunyai banyak ruangan supaya senang untuk menyimpan peralatan dapur.

Moden Simple MinimalisTidak lengkaplah kalau menggunakan konsep dekorasi minimalis ini kalau tidak menggunakan sliding door untuk kelihatan lebih mewah. Sebab memilih sliding door adalah kerana sliding door mudah untuk dibuka sepenuhnya. Dengan itu rumah anda akan lebih segar kerana pengudaraan dapat masuk dengan lebih baik.

Moden Simple MinimalisUntuk konsep ruang tamu pula, penggunakan perabot dihadkan bagi mestikan ruang tamu kelihatan lebih luas. Tetapi lebih memfokuskan dekorasi pada dinding untuk kelihatan agar lebih menarik. Warna perabot yang digunakan adalah tona warna lembut kelabu dan putih bagi memastikan konsep minimalis ini lebih menyerlah.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah anda agar kelihatan cantik dan menarik.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 23, 2021
Dikemaskini pada
Februari 23, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram