Pernah terfikir tak untuk memiliki satu wall panel yang seakan-akan dinding hotel dihotel bertaraf antarabangsa? Jika anda menginginkan wall panel sebegitu, kini anda boleh sahaja DIY sendiri membuat wall panel yang mudah dan jimat.
Dengan hanya bajet yang perlu dibuat adalah lebih kurang RM70, anda boleh membuat wall panel impian anda yang cantik ala-ala dinding hotel. Corak untuk dinding tersebut boleh dibuat mengikut kreativiti anda masing-masing.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara DIY wall panel seakan dinding hotel yang mudah dan jimat. Perkongsian ini merangkumi kepada bahan-bahan yang akan digunakan dan juga cara untuk diy wall panel ini. Jom kita tengok.
Kayu Siling 9 kaki
Gam kayu bertujuan untuk melekatkan kayu pada dinding dengan kuat.
Gap filler untuk kemaskan ruang diantara kayu dan dinding.
1. LAKAR DAN TENTUKAN CORAK DINDING
Sebelum melakukan kerja lekatkan kayu pada dinding, lakar dan corakkan pattern dinding tersebut dikertas dahulu. Ini memudahkan untuk anda tengok corak yang anda inginkan.
2. POTONG KAYU
Potongkan kayu mengikut corak yang anda inginkan.
3. GOSOK KAYU DENGAN KERTAS PASIR
Selepas potong kayu tersebut, gosokkan dengan kertas pasir agar permukaannya licin dan elok untuk ditampal pada dinding.
4. SUSUN ATUR KAYU MENGIKUT CORAK
Selepas gosokkan kertas pasir, baru anda boleh aturkan kayu dekat dinding mengikut lakaran yang ada buat awal-awal tadi. Gunakan masking tape untuk tahan dan gamkan dengan kemas.
5. KEMASKAN & CAT
Kemaskan diantara celah-celah permukaan kayu dengan menggunakan filler.
Kalau inginkan lagi licin, gosokkan lagi sekali dengan menggunakan kertas pasir.
HASIL AKHIR
Ini dia hasil akhir wall panel ala-ala hotel. Dengan bermodalkan rm70, sangat-sangat berbaloi. Anda juga boleh mencuba juga membuat dirumah. InshaAllah rumah akan kelihatan cantikm dan menarik. Itu sahaja perkongsian daripada kami untuk anda semua.
Sumber : Aen Ren
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- Tips Dan Triks Hiasan Kondo Mewah Elegan Yang Patut Anda Cuba!