DIY Wall Divider Dari Kayu Pallet Untuk Lindungi Dapur Anda

Ditulis oleh

Masuk-masuk rumah sahaja dah terus nampak dah dapur. Aduhaii, mesti rasa stress dan malukan tambahan pula kalau dapur tersebut kotor dan bersepah. Tak semua perempuan sebenarnya yang sukakan kepada ruang dapur berkonsepkan "open through kitchen" ini. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy wall divider dari kayu pallet untuk lindungi dapur anda.

Solusi untuk  permasalahn ini adalah dengan membuat divider atau pembahagian ruang dimana ia berfungsi untuk lindungi ruang dapur. Buat divider sekaligus menutup dengan dinding konkrit namun memakan modal yang rendah. Untuk mengetahui cara DIY "wall divider" ini, boleh ikut hasil perkongsian daripada Zamrina Hashim ini.

Zamrina Hashim ini telah melakukan DIY "wall divider" dan beliau berkongsikan hasil beliau di dalam laman sesawang Facebook. Beliau menyatakan bahan senang diperolehi serta jimat dan senang membuatnya. Jom kita tengok cara-cara dan hasil DIY "wall divider" beliau.

Cara DIY Wall Divider Dari Kayu Pallet Yang Cantik & Kemas

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Kayu Palet 11 Batang

2. L shape Bracket & Skru

CARA-CARA DIY "KAYU DIVIDER"

1. Pastikan dahulu ketinggian siling dan potong kayu palet mengikut ketinggian tersebut.

2. Susun dahulu kayu tersebut mengikut kemahuan anda

wall divider

3. Setelah selesai susun. Lekatkan bahagian atas dan bawah kayu pada siling tersebut dengan menggunakan L shape bracket.

wall divider

4. Siappppp!! Untuk mencantikkan lagi kayu pallet tersebut, anda boleh meletakkan varnis ataupun cat dengan warna kesukaan anda. Nak buat dekorasi pun boleh.

wall divider

wall divider

Macam mana dengan perkongsian daripada Zamrina Hashim ini? Menarik, kan? Beliau menyatakan ini hasil beliau dan suami beliau yang berganding bahu bersama-sama menyiapkan wall divider daripada kayu pallet ini.

Anda juga boleh membuatnya di rumah. Senang dan mudah sahaja caranya. Semoga ini dapat memberi inspirasi untuk anda untuk membuat sendiri hasil ini di rumah. Semoga bermanfaat semua.

Sumber : Zamrina Hashim

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Wanita Ini Kongsi Cara Untuk DIY Pasang Rumput Karpet Tiruan Dengan Mudah & Senang

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 15, 2021
Dikemaskini pada
Mac 15, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram