Wainscoting pada zaman sekarang ini boleh dikatakan sangat popular dan menjadi trend untuk setiap rumah cuba memasang dekorasi seperti ini. Terdapat banyak cara untuk memasang wainscoting ini sama ada mahu mengupah orang atau pun mahu memasangnya sendiri. Wainscoting ini tidak semestinya anda perlu beli. Tetapi anda juga boleh menghasilkannya sendiri dengan cara diy di rumah. Untuk perkongsian kali ini Giler Dekco mahu berkongsi satu perkongsian dari Farhana Omar. Perkongsiannya adalah mengenai diy wainscoting untuk 3 dinding di bilik tidur yang cantik dan menarik!
Apa yang menarik untuk perkongsian kali ini adalah kerana konsep dan gaya wainscoting yang digunakan sangat kelihatan mewah seperti rumah orang berada. Mana tidaknya dengan menerapkan gaya dan konsep wainscoting mampu menjadikan ruang bilik yang suram dan biasa kepada gaya baru moden. Wainscoting sangat viral pada masa ini. Tidak salah jika anda cuba lakukanya juga dirumah anda.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang sangat menarik ini.
Salam semua. Saya nak share hasil First time, diy wainscoting untuk 3 dinding di bilik tidur. Kami buat board dan batten, fluted wall dan juga diy stencil herringbone pattern.
Semua ni dibuat dalam masa seminggu sahaja. Inspirasi memang semua tengok dari pinterest sahaja ”
Kayu semua dibeli dari kedai kayu dan shopee.Kod cat : Jotun antique green 7629
[foogallery id="7250"]
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk perkongsian pada hari ini. Diharap dengan perkongsian yang kreatif dan menarik ini dapat memberi inspirasi dan idea kreativi untuk anda dalam mendekorasi rumah menggunakan wainscoting. Sangat cantik dan menarik untuk menggayakan wainscoting seperti ini dirumah anda. Seomga perkongsian ni bermanfaat. Selamat mecuba.