Inginkan sebuah DIY wainscoting yang mudah, murah dan terbaik dilakukan? Bolehlah merujuk perkongsian daripada Kak Mar ini. Beliau telah berkongsikan proses dan langkah untuk lakukan wainscoting hasil dilakukan daripada suaminya itu.
Wainscoting ini dilakukan adalah untuk menggantikan dinding lama yang terdedah terkena air hujan. Daripada tukar balik menjadi dinding kosong, baik buat wainscoting terus sebab dah alang-alang lakukan. Ikuti proses dan bagaimana wainscoting ini dilakukan.
Bila dinding lembab disebabkan terdedah kena air hujan (gutter rosak). Kesannya jadi sebegini. So kami decide tukar konsep dalam rumah. Jadi, diy wainscotting merupakan jalan terbaik.
Alhamdulillah, selesai walaupon tersangat penat. Gutter bumbung pon dah baiki. Insyallah tak ade la dinding terdedah dengan kelembapan lagi.
Proses Melakukan Wainscoting Yang Mudah Ini
Inilah sedikit mengenai keadaan dinding rumahnya yang menjadi begini akibat terkena dan kelembapan air hujan. Dinding menjadi berkulat dan kelihatan tidak cantik dah.
Proses membuang kesan-kesan dinding yang terdedah dengan air hujan ini. Encik suami sangat rajin untuk membuatnya.
Selepas selesai sahaja membuang sisa tersebut, terus encik suami melakukan wainscoting yang diidamkan ini. Mulakan dengan cat undercoat dan meletakkan kayu wainscoting.
Selesai sahaja proses tersebut, catkan pula dengan warna putih sebab si isteri suka dengan warna putih.
Wainscoting pada bahagian ruang masuk.
Hasil Akhir DIY Wainscoting Mudah Yang Dilakukan
Alhamdulillah, sia juga wainscoting yang dilakukan ini. Baru nampak cantik dengan kelihatan elegan keseluruhan rumah ini.
Sumber : Kak Mar