Cara DIY "Toilet Bomb" Yang Begitu Senang Dan Menjimatkan

Ditulis oleh

Bila sebut je tentang bilik air, sudah pasti anda akan berfikir berkaitan bau yang kurang enak. Malah yang lebih buruk lagi, kotoran-kotoran tersebut terus melekat yang menghasilkan bau yang kurang enak di sekitar lubang tandas itu. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy "toilet bomb" yang begitu senang dan menjimatkan.

Makin kuat kita sental, kotoran dan bau tersebut tetap tidak akan hilang. Untuk menyelesaikan masalah ini, Puan Suhaili Baharudin ada berkongsikan cara-cara untuk DIY "Toilet Bomb" bagi membersihkan serta memberikan bau yang mampu menghilangkan kesan bau busuk sebelum ini. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Toilet Bomb Yang Menarik :

Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata tu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
  • 1 cup - Sodium bicarbonate (baking soda).
  • 1/4 cup - citric acid(boleh di cari di kedai bakery).
  • 1 sudu hydrogen paroxide(boleh di cari di farmasi)
  • 1 Acuan silikon.

Langkah-Langkah : 

1. Campurkan Soda Bikarbonat dan Asid Citric. Gaul rata dan pastikan tak berketul.

diy toilet bomb2. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.

diy toilet bomb3. Gaul lagi sampai anda dapat rupa yang sebegini. Tak berketul dan tak terlalu basah.

4. Masukkan dalam bekas acuan dan biarkan ia selama 4 jam.

5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel.

diy toilet bomb6. Sekiranya anda hendak menggunakannya, anda hanya perlu mencampakkan saja seketuk ke dalam lubang tandas rumah dan masalah selama ini pun sudah selesai. Masalah tandas berkeladak pun serta merta akan hilang.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.

Kredit : Suhaili Baharudin

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 2, 2020
Dikemaskini pada
November 2, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram