Kalau bercerita tentang shiplap wall memang kebanyakan pemilik rumah pada ketika ini cukup kenal dengan shiplap wall ini. Hal ini kerana shiplap wall ini cukup digemari pada masa kini untuk menjadikan rumah kelihatan cantik dan berseri-seri. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki dan juga merupakan seorang ayah iaitu Ajiee Llttdd. Perkongsiannya adalah mengenai diy "shiplap wall" bajet gaya moden simple.
Apa yang menariknya untuk perkongsian pada kali ini adalah aktiviti diy shiplap wall ini dilakukan olehnya sendiri serta dibantu oleh anak kecilnya. Perkara sebegini sedikit sebanyak dapat membangkitkan lagi semangat untuk melakukan diy sebegini apabila mendengar anaknya sendiri mahu menolongnya untuk melakukan diy ini.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco ini.
Siap sudah shiplap 13x10 kaki bajet +-rm2501. Mdf board sekeping 4x8kaki rm28. Guna 5 keping rm140 ( beli di kdai hardware dan setengah tokey sebut chipboard ) saiz 6mm tebal.2. Upah potong 6inci sekeping besar caj rm12 hingga rm60.3. Gam multipurpose 4botol. Acrylic gap filler sebotol.4. Kayu 1 inci 6 batang.5. Cat jotun indoor roast coffee 1 liter rm35.6. 2 hari siap.banyak dugaan ni tambah-tambah bila anak sendiri kata nak tolong abah.boleh agak dah dia punya nak tolong macam mana.
Ini adalah keadaan sebelum proses dibuat.
Ini adalah keadaan dinding semasa proses mula dilakukan.
Ini adalah peralatan dan bahan yang digunakan.
Ini adalah proses yang dilakukan oleh anaknya sambil bermain dengan riangnya.
Ini adalah keadaan dinding sebelum dicat.
Proses penyusunan mainan yang dilakukan oleh anak lelakinya.
Mesin pemotong.
Kayu selepas siap dipotong.
Dinding apabila selesai dicat dengan warna putih.
Inilah hasilnya.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.