Anda pasti biasa mendengar keluhan dari isteri anda kan ? Mereka asyik mengeluh bahu atau pinggang mereka selalu sakit disebabkan mengangkat bakul baju yang sentiasa dipenuhi dengan pakaian anak-anak dan suami mereka.
Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, takkan kita nak biarkan isteri kita menanggung sakit itu bersendirian?Apa kata kita DIY sendiri bakul beroda tu jadikan ia bakul yang ada roda dibawahnya.
Alaa bukannya susah pun malah tak ambil masa yang lama pun nak buat benda alah ni. InsyaAllah dengan ada nya benda ni , secara tidak langsung anda akankan ringan bebanan isteri anda. Ikuti perkongsian daripada Saudara Saiful Hifzudeen dalam membuat DIY Bakul Beroda ini
Wife selalu mengadu berat nak angkat bakul basuh baju. so saja rajinkan diri DIY bakul beroda utk memudahkan dia time saya takda kat rumah.info penuh DIY Bakul Roda boleh tengok dalam video youtube ini. Harap bermanfaat. roda kat kedai ecoshop rm2.10 je ...share ilmu kat kawan2 k .
Baha-bahan yang diperlukan :
Kaedah 1 - Lekatkan double sided tape itu di setiap penjuru bawah bakul agar dapat diletakkan roda .
Kaedah 2 - Lekatkan roda yang telah dibeli di pita yang telah dilekatkan. Selepas sudah lekatkan, anda perlu menunggu seketika supaya roda yang dilekatkan di pita itu telahpun kering.
Hasil Akhir!!!!
HAAAA Inilah dia hasil terakhir yang ditunggu-tunggukan. DIY bakul yang mempunyai roda untuk ditolak kemana sahaja. Min jamin para isteri di luar sana pasti akan rasa senang dengan hadiah ini.
Kredit : Saiful Hifzudeen