Kebanyakan rumah sekarang di Malaysia ini ada tak yang menggunakan pintu jenis "sliding door" ini? Rasanya tiada kan. Rumah sekarang masuk saja rumah terus nampak dapur. Ramain ibu-ibu biasanya tak berapa suka keadaan begini.
Dahlah masuk rumah terus nampak dapur. Kalau tetamu datang nampak saja dapur yang bersepah, mesti malukan. Satu lagi bau masakan juga pasti memenuhi ruang tamu apabila memasak. Elok sangat kalau ada penghadang antara dapur dan ruang tamu.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara untuk membuat "sliding door" dapur yang ringkas dan mudah. Idea ini dikongsikan oleh lelaki bernama Fourzy Ozzy. Barang untuk membuat boleh dibeli secara online dan pasang sendiri.
Permintaan wife .. DIY pintu sliding yang memisahkan ruang dapur dgn ruang tamuSimple design je..Kos tak sampai 300
CARA MEMBUAT "SLIDING DOOR" DAPUR
1. Sebelum beli atau pasang, pastikan ada ruang yang cukup di tepi pintu untuk membolehkan pintu ditolak.
2. Pasang sliding track di bahagian ruang dapur, ukur ketinggian pintu sebelum pasang.
3. Pasang pintu (gantung) pada hook di slidding track. Pintu itu saya beli pintu plywood (800mm x 2 meter) RM80. Ada juga jual online.
4. Sliding track ini disertakan sekali dengan rail guide, kena pasang supaya pintu tak bergoyang.
5. Hasilnya, ini dari pandangan ruang tamu. Boleh tampal wall paper pada pintu untuk nampak cantik.
Apabila anda hendak memasak didalam dapur dan tidak ingin dinampak, boleh tutup sliding door ini ketika memasak.
BAHAGIAN DALAM DAPUR
Tadaaaa, inilah dia hasil sliding door yang mudah dan ringkas itu. Barang juga senang untuk dicari. Modal juga hanya memerlukan RM300 sahaja. Anda boleh membeli bahan-bahan secara online sahaja.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Semoga anda dapat membuat sliging door ini secara DIY musim PKP ini. Semoga berjaya semua.
Sumber : Fourzy Ozzy
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- “Upgrade” Rumah Anda Tanpa Keluarkan Belanja Yang Besar