Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan kegemaran semua rakyat malaysia. Kehadiran kucing didalam rumah kita pastinya menambahkan lagi suasana yang riuh rendah disebabkan dengan nakalnya gelagat si "anak bulus" ini. Anda boleh diy rumah kucing yang simple dan mudah dibina.
Bila adanya si bulus ini, pastinya ia juga memerlukan tempat tinggal kan sama macam kita. Tapi sangkar kucing diluar sana semuanya harga maha-mahal dan tiada yang murah. Kalau tidak beli, nanti kita risau anak bulus tidak ada sangkar dan mungkin berak merata-rata.
Seorang pencinta kucing bernama Jay Jusin Full berkongsi tips bagaimana untuk melakukan sendiri DIY rumah kucing dengan barangan yang boleh didapati di kedai Mr. DIY dengan harga yang cukup berbaloi. Antara bahan utama yang digunakan ialah paip PVC dan juga jaring. Jom cuba!
MR DIY
TOTAL = RM 120.20
Proses Membuat DIY Sangkar Kucing
1. Buatkan rangka terlebih dahulu dengan menggunakan paip pvc.
2. Selepas selesai rangka tersebut, beralih pula kepada proses memasang jaring.
3. Tadaaaaa!! Dah siap sudah sangkar diy ini. Senang dan mudah kan untuk dibuat.
Inilah hasilnya selepas berhempas pulas membuatnya. Nampak kemas dan hebat bukan? Si bulus pun nampak happy jer dengan rumah baru diorang. Ini sahaja yang giler deco ingin kongsikan dengan anda. Semoga berjaya semua untuk membuatnya demi anak bulus.
Sumber : Jay Jusin Full