Tinggal dirumah jenis apa sekalipun bukanlah menjadi isu dan masalah kepada anda untuk menjadikan rumah kediaman anda lebih cantik, kemas dan menarik. Apa yang penting sebenarnya adalah keinginan anda untuk menjadikan rumah lama anda kepada gaya baru yang lebih kelihatan moden. Perkongsian pada kali ini adalah dari Amirul Zuraini. Perkongsiannya adalah mengenai pasangan ini diy rumah flat lama hasilkan deco rumah yang cantik guna konsep "lavender color".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah flat yang cantik dan menarik ini.
Deco rumah flat.
Sebelum dan Selepas.
Banyak lagi perlu ditambah, sikit-sikit lama-lama penuh lah. 80% adalah hasil diy suami dan isteri sendiri.
Tahun ini kita tukar mood sikit bagi lain daripada yang lain sempena tak boleh balik kampung sebab PKP.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai dengan konsep dan gaya baru yang lebih menarik.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu tempat menonton tv setelah selesai diubahsuai dengan menggunakan tona color lavender.
Keadaan ruang tamu rumah selepas diubahsuai. Cantik bukan?
Ini pula adalah keadaan ruang makan sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ini pula dekorasi dapur yang dilakukan oleh pemilik rumha flat ini. Sangat simple tapi begitu kemas dan cantik deco dapur yang dilakukan.
Ini adalah ruang tempat makan setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk anda jika mahu deco rumah flat. Selamat mendeco.