Pada zaman sekarang, setiap rumah pasti mempunyai hiasan langsir jenis "ring" yang menggunakan batang kayu rod. Langsir tersebut menjadi pilihan ramai kerana lebih kemas dan mudah untuk dipasang. Ditambahkan lagi ia mencantikkan suasana rumah anda.
Pernah tak anda menyimpan hasrat untuk menghiasi rumah anda dengan langsir jenis ring yang menggunakan batang kayu rod ? Tetapi perbelanjaan yang menelan kos sehingga beratus-ratus termasuk kos upah menbuatkan anda melupakan hasrat tersebut. Usah risau kerana anda boleh DIY sendiri langsir tersebut.
Menurut salah seorang melalui Facebook Syafiq Abdul Hamid, beliau berkongsi cara untuk DIY sendiri rod langsir menggunakan paip pvc yang mudah dan senang untuk dibuat untuk menjimatkan kos anda. Selamat mencuba semua.
Assalamualaikum.. kepada makcik, pakcik, abang dan kakak…
Yang mana teringin nak pakai lansir ring macam ni… tapi tak ada modal nak beli kayu tu… boleh buat guna paip, modal tak mahal sangat….
Guna paip saiz 20mm ok.. besi L tu boleh dapatkan di kedai eco, yang lain-lain tu kedai hardware langsir saya beli kat d.i.y je…
1. Skrukan paip pvc u klip ini dengan kemas dan ketat untuk tujuan meletakkan paip pvc diatasnya.
2. Skrukan paip pvc u klip pada tempat yang anda inginkan dan letakkan paip pvc tersebut diatasnya
3. Apabila selesai meletakkan paip tersebut, anda boleh menghiaskan langsir anda pada paip tersebut. Hiaslah mengikut kesukaan anda.
Tips Berguna
Untuk mengukuhkan lagi pvc u klip tersebut, pastikan anda ikat getah atau apa-apa pada pvc u klip itu. Ini bertujuan menghalang paip pvc tersebut keluar daripada lubang paip pvp u klip.
Amacam dengan perkongsian daripada saudara kita ni? Bernas dan kreatifkan. Anda juga boleh melakukan DIY ini dirumah anda untuk menghasilkan rod langsir ini. Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat semua.
Kredit : Shafiq Abdul Hamid
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- DIY “Wall Mounted Shelf” Untuk Bilik Anda