Seperti yang diketahui ramai, penggunaan langsir amatlah penting sebagai penapis pandangan dari luar dan juga mampu menyerikan lagi kediaman anda dengan adanya langsir. Untuk jadikan langsir tersebut terurus dan terjaga dengan rapi, eyelet langsir sangatlah memainkan peranan yang penting untuk memastikan garis langsir tersebut dalam keadaan selari.
Buat pengetahuan anda, eyelet ataupun turut dikenali sebagai lelubang adalah gaya langsir moden yang dikatakan menjadi pilihan masa kini. Rumah-rumah yang dipasang eyelet langsir ini akan kelihatan lebih mewah dan elegen.
Menurut perkongsian daripada Cik Amy WD ini, beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY rod eyelet langsir dengan cara mudah dan kos yang digunakan hanya sekitar RM50.00 sahaja. Murah sangat kan nak buat DIY ni. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Cik Amy WD ini.
PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat. Hasil kerja suami sendirian.
PVC pipe ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi anda mesti ukur dulu lebar tingkap dan pintu. Sekaki RM1.00 . Dapatlah 28 kaki untuk semua tingkap dan pintu bilik.
Try dulu kat kedai. Haa dah cun camni baru proceed beli.
Anda dikehendaki untuk membeli cable tie sekali. Untuk lock atas skru tu nanti.
Pastikan drill lubang L bracket tu kemas-kemas sekiranya taknak rod tersebut tercabut. Untuk proses drill ni, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami kerana sekiranya anda tersalah tebuk lubang, ianya kelihatan tidak kemas.
Akhirnya sudah siap. Gambar di bawah merupakan ruang langsir di ruang tamu depan. Langsir tersebut anda boleh membelinya dekat shopee. Selamat mencuba
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.
Kredit : Cik Amy WD