DIY Rak Rempah Ratus Dengan Cepat & Mudah

Ditulis oleh

Adakah perkakasan kecil dirumah anda tersusun dengan rapi? Kalau perkakasan kecil seperti bekas rempah, gula dan garam tiada tempat yang khas pasti dapur akan nampak tidak tersusun. Jadi, Apa kata anda DIY rak rempah yang khas untuk perkakasan kecil ini.

Menurut daripada perkongsian dari Hani Mynis melalui laman Facebook, beliau telah berkongsikan cara untuk DIY rak rempah ratus ini. Ia dapat membantu para wanita yang suka memasak untuk menggapai perkakasan kecil ini ketika memasak.

Artikel ini mungkin artikel yang akan disukai oleh para wanita terutamanya suri rumah kerana kali ini kami ingin berkongsikan dengan anda cara untuk DIY rak rempah ratus ini dengan hanya bermodalkan RM2.10 sahaja. Jom kita tengok.

DIY Rak Rempah Ratus Dengan Cepat & Mudah. Bajet Hanya RM2.10 Jer Diperlukan

 

Santai-santai ni hani nak kongsi cara hani diy rack rempah dari barang Eco. Haritu ada promosi rempah dalam botol ni berharga rm2-4 satu.

Memandangkan kebanyakan nya hani belum ada di rumah (sebenarnya sebab label nya colorful haha), hani fikir boleh juga beli kan. Haha alasan sangat. 

Jenuh mencari tapi tak jumpa haha akhir nya hani Diy je sndiri dari besi ni. dengan kos rm2.10, hani dapat satu rack yang sesuai dgn saiz botol rempah hani tu. Hani ada kongsi tutorial kalau siapa yang nak buat juga di rumah.

Barang Yang Diperlukan Untuk DIY

  • Cooling rack
  • Plier
  • Cable tie
  • Spray Paint ( Optional )

Cara DIY Rak Rempah Ratus

1. Gunakan plier ratakan tiga segi tu (macam dalam gambr sebelah)

2. Lepas tu ukur dan tanda kat mana kita nak lipat dia.

3. Lipat lah (guna plier)- Mungkin memerlukan kekuatan suami hahaha adoi tak larat hani nak lipat sorang-sorang.Keras juga benda alah ni.

4. Lipat lagi satu utk jadikan dia bentuk U

DIY rak rempah

5. Ikat dengan cable tie kat hujung utk elakkan botol tu jatuh dari sisi rak.

DIY rak rempah

6. Dah siap!

DIY rak rempah

DIY rak rempah

Macam mana dengan hasil daripada Hani Mynis ini? Menarikkan? Baru tersusun barangan-barangan kecil didapur anda. Dapur pun nampak cantik dan tersusun dengan rapi. Semoga ini bermanfaat untuk anda.

Sumber : Hani Mynis

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 18, 2021
Dikemaskini pada
Februari 18, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram