DIY Pintu Bilik Biasa & Buruk Menjadi Pintu Eksklusif

Ditulis oleh

Tahukah anda bahawa rekabentuk pintu juga sebenarnya boleh memberikan impak dalam dekorasi ruang dalaman rumah anda. Kebanyakan pintu di rumah anda mungkin kelihatan kosong dan kurang berseri-seri, terutamanya jika ia sudah agak lama usianya.

Mungkin sekarang telah tiba masanya untuk anda tukar bilik pintu biasa menjadi pintu eksklusif. Anda memerlukan sesuatu kreativiti yang baharu untuk membuatnya. Lagipun, kalau pintu dah cantik, tak payah bubuh langsir pun dah cun. Lagi simple dan elegan.

Menurut daripada facebook saudara Shaifuddin Shaffie ini, beliau telah berkongsikan cara untuk melakukan transformasi pintu bilik biasa menjadi pintu bilik ekslusif dengan hanya rm100. Jom kita tengok cara DIY beliau dan hasil yang beliau buat.

 

DIY PINTU BILIK BIASA MENJADI PINTU EKSKLUSIF DENGAN HANYA RM100 SAHAJA

 

Pintu nak cantik tapi bajet ciput. Kita boleh DIY sendiri untuk buat pintu panel yang mudah dengan modal lebih kurang RM100 sahaja termasuk cat sekali. Bahan-bahan yang diperlukan dan cara DIY saya sertakan di bawah ni.

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • Kayu (wood moulding)
  • Gam kayu
  • Cat Easy Colour Exclusive, Kod Q31 (1 liter)

*Harga kayu dan gam kayu saya beli dekat Shopee RM60++

*Harga cat RM33 / 1 liter.

 

CARA-CARA:

  1. Lakar – (Saya buat ukuran frame atas 2×2 kaki, tengah 2×1 kaki, bawah 2×2 kaki.)
  2. Ukur dan potong kayu ikut ukuran.
  3. Kemudian lekatkan guna gam kayu.
  4. Selotape supaya frame kekal pada kedudukannya. Biarkan hingga lekatan betul-betul kukuh.
  5. Akhir sekali bolehlah dicatkan ikut warna pilihan masing-masing.
  6. Siap!

Mudah, simple dan senang kan?

INILAH HASILNYA…

Gambar pintu bilik SEBELUM DIY.

Pintu Bilik Biasa Menjadi Pintu Eksklusif

Pintu Bilik Biasa Menjadi Pintu Eksklusif

Gambar pintu bilik SELEPAS DIY.

Pintu Bilik Biasa Menjadi Pintu Eksklusif

Inilah hasilnya. Bagaimana anda tengok? Rasa-rasa nampak macam pintu eksklusif kan? Anda semua boleh DIY jer apabila anda ada masa lapang. Ia juga jimat dan cermat.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Semoga anda mendapat inspirasi dan juga idea untuk DIY pintu rumah anda. Semoga berjaya semua.

Sumber : Shaifuddin Shaffie

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 12, 2021
Dikemaskini pada
Januari 12, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram